Followers

Sunday, July 24, 2016

Usrah Tautan Hati : Dr. Farhan Hadi

24 July 2016

Dr Farhan Hadi

Kepincangan dalam keluarga, datang dari mulut seorang Ibu. Apa yg ditutur itu,doa.
ubah diri kita, jaga mulut kita. Nampak kecil tapi bawa impak yg cukup besar dalam kehidupan kita.

tulisan arab alquran surat ibrahim ayat 24-26

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, (QS. 14:24) pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (QS. 14:25) Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun. (QS. 14:26)” (QS. Ibrahim: 24-26)

24-26 Surah Ibrahim - perumpamaan kata2 yg baik umpama pokok yg baik turun dri langit dengan akar yg kuat. Perumpamaan kata2 yg buruk umpama pokok yg mati yg tercabut akarnya.

Hadith ; jgn kamu mendoakan diri mu melainkan perkara yg baik2 kerana malaikat turut mendoakan.

Hadith ; doa seorang muslim yg dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya, akan dimakbulkan. Dan malaikat akn mendoakan perkara yg sama pd kita.
- jadi, doakan perkara2 yg baik.


Usrah Tautan Hati ; ustaz Azman

24 July 2016

Ustaz Azman lecturer uia

Apa rahsia mmpu istiqamah hingga akhir?
- kita perlu ada rasa ingin perjuangan.
- Hidup xda erti tanpa berjuang.
- Perjuangan paling besar adalah ingin jadi Hamba Allah.
- Perlu berjuang dengan diri sendiri.

Kalau kita tak cari perjuangan, kita cuma akan nampak hiburan, permainan , etc

Kita laung "Merdeka" tapi makna sebenar Merdeka adalah bebas dari naungan.

kisah Perang tsabut, Nabi  cari dana. Pejaung yg tiada harta, menangis tidak mampu sedekah untuk membantu perjuangan islam.

Orang beriman sekarang tidak nampak akan hakikat hari raya sebenar. Apa maksud hari raya sebenar? (Anas bin Malik)
- terpelihara seharian bebas dari dosa
- Keluar dari dunia ini bebas dari tipu daya syaitan. Mendapat pengampunan Allah.
- Lepasi Titian as sirat. Majoriti orang yg melaluinya akan jatuh.
- Berada dalam platform yg kuat membentuk perjuangan. Untuk jihad fisabilillah
- Kembangkan ,jihad dalam bidang yg kita minat.

Islam yang sebenar bukan Islam yang didefinisikan Oleh America,liberal dan kapitalis.

Bila kita Islam, sunnah pling utama untuk kita adalah jadi daie. Berada dalam platform yg benar.

Muslim mukmin yg berjuang, Akan berpecah kepada 3;
- yg lari dari Medan perjuangan akn dilaknat Allah
- Yg mati Syahid fisabilillah
- Yg akn terus berjuang berhabis habisan


Orang yg nak masuk syurga, perlu tahu apa itu syurga. Orang ingin menjauhi neraka, perlu kenal apa itu neraka.
Bila kita mampu bercerita sepenuh hati kita, seolah kita berada didalam syurga. Dan seolah kita membenci sebencinya azab Allah dalam neraka.
Manima kelayakan yg perlu ada bagi Ahli syurga, buat yg wajib,tinggal yg haram.

Matlamat yg paling besar, bukan syurga Allah. Tapi dapat Redha Allah, hingga Allah buka hijab untuk pandang wajah Allah SWT . Dan mereka sujud syukur selama 40 tahun kegembiraan.

Amal yg paling seronok bg orang yg berjuang adalah Syahid fisabilillah . Rohnya akn berterbangan bagai burung ke arasy syurga Allah. Mereka seronok yg disyurga pinta ingin kembali ke dunia, ingin bjuang dan Syahid lagi sekali. Sebabnya? Betapa mereka tahu, sakit di dunia itu satu nikmat yg besar.

Jangan mengeluh diuji di dunia,sebab itu je jalan jihad kita. Untuk tunduk sujud pd Allah. Disyurga nanti tak perlu sujud lagi, sgala nikmat dah dapat.

Sunday, March 13, 2016

Yaa Qalbu !

Kenapa mesti ada rindu pada yang tak sudi ?
Kenapa mesti ada hati pada yang melepaskanku pergi?
Kenapa mesti terus menuding jari ?
Kenapa mesti ada pertanyaan lagi ?

Tidakkah engkau menerima Qada dan Qadar ? Ketentuan Ilahi? Sebagaimana ajal dirahsiakan, begitu juga jodoh.

Kadang pertemuan bukan untuk penyatuan, tapi satu pengajaran. Atau pembelajaran tentang kehidupan.

Istikharah ? Kau bukan nabi yang maksum.
Mimpi itu mainan syaitan, keputusan dan keperatusan secalit cuma. Probability yang ada cuma 0.0000001% !
Hati ? Bolehkah kau percaya dengan hati yang selalu berbolak balik ? Mungkin juga akan berat sebelah. Keputusan cenderung pada apa yang kau harapkan. Pada apa yang kau inginkan !

Duhai segumpal darah yang digelar Qalbu ! Angkat darjatmu ! Bagaimana mungkin engkau rindui hamba Allah yang belom tentu jodohmu ! Sedangkan engkau lupa meraikan rindu pada yang terlebih dulu rindukanmu !

Duhai Qalbu ! Aku pohon letakkan Dia dan KekasihNya terlebih dahulu ! Ingat siapa dirimu!

Usah terlalu berfikir tentang jodoh. Hingga lupa pada ajal yang bersaing untuk meminangmu !

Kejamnya aku ! Tidak amanah pada diri ! ;'(

Tolong aku, untuk lahir sebagai yang baru....

Cakap Kosong Teaser #SyuIm

Assalamualaikum wbt ! And morning sayang !

Lamanyaaaaaaaa ceq tinggai hampa ! Kesian bersawang berhabuk ceq tengok ! Hampa apa khabaq ? Pinky state la maunya. InsyaAllah~

Hari ni, ceq nak habaq. Bff ceq kawen !!!!! Ceq esaited !!!! Ni ceq tengah melawa, duduk sat bukak blog, semata nak habaq kt hampa semua! Kawan ceq nak kawen !!!!!


Nah, ceq kasi teaser ! Hahaha *poyo* dan ceq bukan bridemaids! Kah3. Tapi tak kesah! Ceq nak melaram! Baju dari Falahabiyana & shawl dari Zaleha Textile. Oh, yang pasti, klu ceq yang pakai, xkan nampak cun macam Heliza Helmi pakai ! Konpem ceq nampak gemok serabai ... *sobs*

Eh, dah ! Tok imam tunggu ni! Ceq pi dulu nah. Chiao~

Assalamualaikum wbt ;-)

Thursday, July 4, 2013

"Biar kami kalah janji islam menang" - Dr. Mursi

Ucapan Dr Morsi :



Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,

Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,

Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,

Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,

Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?

Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, 
jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,

Ku hanya memohonkan komitmenmu,

Ku hanya memohonkan bantuanmu,

Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam, 
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,

Allahumma, 
bantulah aku Ya Allah,
kerana aku membawa agamaMu,

Allahumma, 
sentiasalah bersama-samaku Allah, 
untuk memimpin negara ini, 

Allahumma, 
kerana cukup kekuatanMu ya Allah, 
maka aku merasa Kau mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula
wa la quwwata illa billah

#copy#paste#share

Friday, June 21, 2013

AIS KRIM STRAWBERRY ; by CIK DHURA

ASSALAMU'ALAIKUM WBT uolls!!!!!

Haha galak kemain ye kamu~

hai hai and hai !! Sesaje bebosan ni, nak meng'update' beblog kite yang da bersawang2 ni. seb la ta nampak kan? hahaha~

 Nah, here i want to share my simple recipe of ice cream ! ;)

Yalah, sharing is loving right? hohoho.

Before that, here the pictures. I should show u the picture first, so then u guys have some confidence to try this recipe out. Instead the truth was, this recipe was someone else, but i just make some change to the origanal recipe. But dont worry, the result still the best ! =D (ooh mak kau, puji diri sendiri gitu !)

ada ghope paddlepop x? haha ~


HERE MY RECIPE OF MARVELOUS STRAWBERRY ICE CREAM :

(original punyer)

aiskrim strawberry
Oleh:Sylya Celya
cc : www.facebook.com/bukuresepi

bahan2 :
2cwn krimer coffeemate
2cwn susu strawberry dutch lady
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen strawberry

cara2 :
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Blender sehingga sebati dan berbuih untuk mendapatkn tekstur aiskrim .
masukkan ke dalam bekas dan bekukan selama 2-3 jam. Setelah aiskrim xbeku sepenuhnya blender lg untuk mendapat tekstur yg lembut.
bekukan sehingga aiskrim betul2 beku. Dan selamat menikmati !! Nyummm !


MINE WAS :
didnt use esen strawberry but instead just use strawberry syrup. cap TAMIN ! haha
and adding one more cup of DUTCH LADY STRAWBERRY MILK !
just to make it looks a lot! because of my siblings was 7 and i know, tak kan cukup punya !


okay guys, see u then ! ;)

SALAM ALAIKUM !






Monday, June 17, 2013

Pre-Graduation Night and Dean Award ! Congratulations!

WARNING !!! WARNING !!! and WARNING once again !!!
P/S :
for those who can hold themself from things like A PERSON WHO CANT SPEAK WELL BUT STILL SPOKEN WITH BROKEN ENGLISH AND NO GRAMMAR, PLEASE PLEASE and PLEASE !!!! dont u dare to read and put some negative comment. BECAUSE i hate to be criticism from those who cant give me motivation. (jom blah weh! blagak jer minah ni ~ POYO habis!)



HAPPY GRADUATION DAY'S UOLLS !

Hi, Salam alaikum wbt buat semua para sahabat n kengkawan sekalian. & salam 1 Malaysia for those nonMuslim okeh.

Weayo? why? Ottokea? haha. Tetiba wishing Selamat Hari Graduasi? Apa citer? Cer citer cikit? JOM !

Last week were our last week as Radiography College student of Univercity Malaya diploma course. We got three(3) days examination on Monday(10th June of 2013) OSCE 1, Tuesday(11th June of 2013) OSCE 2 and the last one , VIVA VOCE on Thursday(13th June of 2013). 

and now, MERDEKA !!!! 

















Actually, currently we are not graduated diploma student yet. Because the TRUTH was, we were waiting for our final examination result's. BUT, still we are hoping for our best.  InsyaAllah semua akan dapat result cemerlang.

Picture above showed 8 students from BATCH 20 KRPPUM  who got Dean Award, and one of them is ME ! Which one? let the picture keep d secret. LOL ;P

The day after our last paper (not paper actualy but kind of like some interview to us), we have our pre-graduation night. some kind of AWKWARD moment because this is the first time our dinner had to combine with other college such Nursing, Post Graduate Nursing, and Medical Laboratory Technicians.

TRY TO IMAGING !!!! How should we react when 70 amount of student from our college go through a bush of people. around 500 student from Nursing college attend that night. When we are performing on stage, they just kept gave us this BOOO~ and so what. And just cheering their colleagues.

ARGHH !!!!!! what so annoying attitude dude!

WHAT WE FEEL ? 

PAYING RM100 just for eating and fill 1/3 of my gaster.

Makan kedai tepi jalan bayar RM10 boleh makan dua orang perut kenyang !!! FULL !

Okey, im getting tired from thinking of these things. gonna go, then, till we see again ! chow~

SALAM ALAIKUM. =)


# maaflamerapuntahapa2.   

Wednesday, March 13, 2013

BackSTABBER in friendship ?



i just keep keeping ur secret, because u said, 'dont tell anybody else'. and i just keep it nicely as u told me to.

and u find me, ask me to accompany u. to solve the problem. then i said yes, i will.because, when u such in that difficult time, u got no friend. but me.

but when u find it just a misunderstood, you just feel easy. u can be relax now. then, i'm no more need for u. but still its ok to me, to be acknowledge by u. just because just i just use to that kind of situation.

but without my knowledge, u spread out to everybody that 'she cant be trusted, she spread out about my fault' and in the same time, u just telling them, (story morry konon) about ur mistake, which u asked me to keep it silence.

yup, i'm proudly announce that what such a good friend u are. spreading to others,make my name look so bad. (i'm such untrusted people, look i care).it doesnt matter.

but, how 'clever' u are. just spreading about yourself.??? heh???

want to make other people looking down to me, but instead u make urself look like a stupid -.0 i just cant understand this kind of people.

# tiada kaitan hidup atau mti.just a story pick up nowhere. (ye ke???)


best word ever =p

Monday, March 11, 2013

Ujian : Tanda Sayang Allah pada hamba-Nya

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir.]

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, "bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu :

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. 
[Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

gambar hiasan



Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah berfirman :

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2 hingga 3 dalam surah al’-Ankabut :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]

Ganjaran menanti bagi yang diuji

Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. 
[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t. adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati. Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
[Al-Baqarah: 214]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hamba-Nya. Antaranya adalah :
  1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
  2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
  3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
  4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
  5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
  6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
  7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
  8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
  9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
  10.  Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” 
[al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

  1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
  2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
  3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
  4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
  5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
  6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
  7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
  8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
  9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
  10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Bala’ dalam konteks semasa

Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. 

Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.

Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.
Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.
Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.
Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman

Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji :

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. 
[Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada :- bersabar di atas ketaatan kepada Allah.
Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.
Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah :

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. 
[Al-Anbiya’: 85]

Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas :

Rasulullah s.a.w. berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays :
 “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” 
[Riwayat Muslim]
Kaedah Bersabar

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. 
[Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Kesimpulan

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti. Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan :
Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 

‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(al-Baqarah: 156-157). 

Juga firman-Nya : 

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” 
(al-Baqarah: 45) 
Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar! 
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. 

[al-Baqarah: 153]


Tuesday, January 29, 2013

Senyum

Senyum 

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...




# tutuplah duka dihati, dengan mekarnya senyum diwajahmu.

# biar perit, tempuhilah jua dengan manisnya madu nikmat dariNya.


=> biar kenyataan, makin mekar senyumku, makin laju gugurnya mutiara dari gelingan air di kelopak mata.

perit... sabarlah hati.

Monday, November 26, 2012

YEAR END SALE by Koleksi Dhurah


Assalamu'alaikum wbt buat semua yang sudi jengok belog yang xtau la bila nk siap ni.

Sempena cuti sekolah kali ini, Koleksi Dhurah ingin mengadakan END of YEAR SALE buat kali pertama nya !!!! dapatkan barangan dari koleksi dhurah dengan harga durian runtuh !

Nantikan harga durian runtuh dari koleksi dhurah bermula 26 November 2012 !



PROMOSI hingga 25 DISEMBER 2012 !!!!!



# iklan = belilah barangan buatan Malaysia ^^,


Dan sempena END YEAR SALE ni, pihak Koleksi Dhurah ingin buat potongan harga sebanyak 5% hingga 20 % buat barangan2 tertentu. 

(ingin dapatkan potongan lebih banyak dari koleksi dhurah ???? boleh hubungi CEO / founder koleksi dhurah di fb beliau - DHURATULAIN)





Berikut merupakan harga sebelum potongan diskaun :

BARANGAN
HARGA ASAL
SELEPAS POTONGAN
RM 229
RM 183.20
RM 219
RM 175.20
RM 239
RM 203.15
RM 219
RM 175.20
RM 235
RM 188.00
RM 219
RM 175.20
RM 219
RM 175.20
RM 239
RM 191.20
RM 219
RM 175.20
RM 179
RM 143.20
RM 289
RM 231.20
RM 299
RM 239.20
RM 199
RM 159.20
RM 239
RM 191.20
RM 215
RM 172.00
RM 235
RM 188.00
RM 249
RM 199.20
RM219
RM 175.20
RM 236
RM 188.80
RM 229
RM 183.20
RM 229
RM 183.20
RM 239
RM 191.20
RM 299
RM 239.20
RM 239
RM 191.20
RM 229
RM 183.20
RM 220
RM 176.00
RM 239
RM 191.20
RM 229
RM 183.20
RM 229
RM 183.20
RM 239
RM 191.20
RM 239
RM 191.20
RM 199
RM 159.20
RM 239
RM 191.20
RM 229
RM 183.20
RM 259
RM 207.20
RM 225
RM 180.00
RM 289
RM 231.20
RM 239
RM 191.20
RM 219
RM 175.20
RM 235
RM 188.00

# tambahan RM6 untuk postage =)

# sementara stok masih ada


untuk barangan lain seperti Sarung Tangan Jejari , Kapsul Baraka - Habbatussauda , Jubah2 , Maxi Dress dan Tudung2 akan dipamerkan di ruangan post lain ;)

Selamat Bershopping !

Tuesday, November 6, 2012

Nenek umur 55tahun ambil SPM 2012 ???

Assalamu'alaikum wbt kawan kawan ! korang kenal tak makcik dalam gambar kat bawah ? mesti tak kenal kan ? tu yang tudung biru tu !

Apa yang penting sangat dengan mak cik tu ?



Haa...ni berita menarik tentang makcik Hasanah ni :) Berita dipetik terus dari Berita Harian.com :)
Hasanah hanya tamat Tahun Enam untuk jaga adik selepas kematian ibu

Yan: Penantian seorang nenek tiga cucu untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 40 tahun lalu, tercapai semalam. 

Hasanah Abdullah, 55, menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, sebagai calon persendirian. 
Beliau yang juga guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Masjid al-Amin Sungai Layar, Sungai Petani adalah seorang daripada 147 calon persendirian dari Sekolah Menengah Langkasuka (SML), Guar Chempedak, yang menduduki SPM di negeri ini. 

Detik bersejarah




Hasanah ketika ditemui menyifatkan ia detik paling bersejarah dalam hidupnya selepas beberapa kali gagal untuk mengambil peperiksaan yang ketika itu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education (MCE) kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga enam adiknya selepas kematian ibu ketika berusia 15 tahun. 

Beliau berkata, dia hanya sempat bersekolah sehingga Tahun Enam sebelum diminta berhenti sekolah oleh bapanya kerana beberapa faktor termasuk keadaan keluarga yang susah ketika itu. 

Katanya, sejak itu dia tetap menyimpan hasrat untuk mengambil MCE namun niat itu terpaksa dilupakan apabila ibunya meninggal dunia.
Pujuk ayah ambil MCE


“Saya sering memujuk ayah untuk membenarkan saya mengambil MCE namun beliau tidak membenarkannya kerana saya perlu menjaga adik-adik yang masih kecil dan memerlukan perhatian ketika itu.

“Walaupun hati teringin untuk mengambil MCE, saya terpaksa memendamkannya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan adik-adik yang amat memerlukan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui sebelum melangkah masuk dewan peperiksaan di sini, semalam.

Mengenai peluangnya, Hasanah, yang mengambil subjek teras dengan tambahan Bahasa Arab dan Tasawur Islam yakin mampu menempuh SPM.

P/s :
so, korang 2 semua kena la bersyukur (Alhamdulillah..) sebab korang semua dapat pi sekolah belajar tinggi 2. Saya respect orang yang berkorban demi keluarga. Mereka yang berpeluh mencari sesuap hasil yang halal. Memegang tanggung jawab menolong ummiyi wa abiya

haa...tu je la sharing rini, wassalam ! (y)

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...