Followers

Friday, April 27, 2012

Bertunang ? Nikah Khitbah atau couple?

Assalamu'alaikum w.b.t. antumna antumni yang sedia mengunjung ke laman sesawang yang mungkin dah bersawang2 dengan sawang labah2. (ada ke camtu?huhu). kali ini ingin tampilkan sedikit berbeza. Penyampaian tentang bertunang dan nikah khitbah.

Habis tu apa yang berbezanya?

Yang berbezanya, kali ini, kita selitkan dengan sedikit dialog antara seorang kakak dan adik dari 'bulatan gumbira'. :)

Jom kita terjah!


Kakak : Adik, adik tahu tak tentang pertunangan ?

Adik : Bertunang tu dua orang (lelaki dan perempuan) akan kahwin kan? Dan boleh pergi mana - mana kan kakak ? Mereka itu bercintakan ?

Kakak : Betul tu. Mereka disatukan dan akan berkahwin. Tetapi mereka belum boleh berbuat apa - apa kerana hubungan mereka belum lagi sah.

Adik : Apa maksud bertunang ukht ?

BERTUNANG :

Maksud meminang adalah apabila seseorang lelaki menyatakan kesediaannya dan keinginannya untuk berkahwin kepada seseorang perempuan yang ingin dikahwinkannya. Jika perempuan itu bersetuju maka tercapailah maksud pertunangan di sisi Islam.


Kakak : Hidup sebagai seorang muslim, perlu mengikut setiap batasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Begitu juga bertunang.

Adik : Bagaimana pula mengikut syarak ?

Pertunangan mengikut syarak :

  1. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
  2. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
  3. Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
  4. Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
  5. Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

# Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


Adik : Jadi mudah sajalah untuk bertunang kan ukhti ?

Kakak : Setiap perkara, ada undang - undangnya pula. Termasuklah ingin bercinta. :)

Adik : Nak bercinta, pun ada undang - undang ?


Undang - Undang cinta :

  1. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.
  2. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.
  3. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.


Adik : Macamana pula dengan bertunang mengikut adat Melayu ?

Kakak : Ada sedikit perbezaan pada adat orang Melayu.


Pertunangan di sisi adat :

Kebiasaannya,
Pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.
Namun, ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagi mana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

# Sedar atau tak, ada diantara kita yang sudah bertunang.. =)


Adik : Susah la macam tu. Kami belum ada duit nak kahwin. Kami masih lagi belajar. (^^,)

Kakak :
(^_^) Tidak mengapa, Islam itu syumul. Iaitu agama yang menyenangkan ummatnya. :) Setiap permasalahan, pasti ada jawapannya. :)

Sebab itulah Islam memperkenalkan nikah KHITBAH.
;)

Adik : (~_~)" nikah khitbah tu macamana ? Ingatkan nikah ni biasa saja, ada juga cara lain rupanya.



Nikah khitbah :

Firman Allah swt yang bermaksud :

"dan kahwinkanlah orang - orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui."

An - Nuur : Ayat 32


Penerangan :

  • Nikah khitbah diistilahkan sebagai nikah gantung.
  • Bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku .
  • Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah.
  • Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah.

Adik : Bagaimana pula dengan rukun nikah ? Lainkah ?

Rukun nikah Khitbah (sama dengan rukun nikah biasa) :

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Wali
  4. Saksi
  5. Aqad (Ijab Qabul)

Cuma, bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti.
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua - dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.


Adik : Apa kelebihan kita nikah khitbah ukht ?

Kelebihan:

1. Mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara .
  • Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

2. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).
  • Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.


# Better nikah khitbah dari couple. Salah satu alternatif bijak bagi mengurangkan gejala buang bayi, hubungan seks tanpa ikatan yang sah, rogol, serta isu yang berkaitan.. Banyak isu sosial dalam kalangan remaja akan selesai. =)

# Mohon tag yang lain. Tak perlu minta izin. n_n


Kesimpulan :

"NIKAH KHITBAH JOM!" ^_^

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...