Followers

Saturday, April 28, 2012

Siapakah Mr.Z ? - Bab 2

Suasana di kantin sekolah sudah mulai lengang, pelajar sudah mula bergerak menuju ke kelas masing-masing. Kelihatan beberapa orang pelajar masih lagi melepak di bangku hadapan kooperasi. Dia berjalan cepat kearah kooperasi. Sudah menjadi rutin baginya untuk mencari sedikit gula-gula jika dalam jadual terdapat kelas Biologi yang diajar oleh guru yang kecil molek itu, Teacher Mariah.
“Ery, tunggu la aku. Yang kau nak cepat sangat ni kenapa, kan kita dah bawa buku sama. Kejap lagi kita pergi terus je la.” Cepat Humaira mendapatkan rakannya, agar tidak ketinggalan untuk ke makmal bersama.
“Sha, nah duit, cam biasa, okey? Aku tunggu kau kat makmal. Jangan risau, aku tandakan tempat untuk kau dalam makmal nanti,aku tolong cover kau ngan Teacher nanti. Bye.” Wang kertas seringgit diletakkan di atas para sebaik meninggalkan pesanan kepada rakan sekelasnya yang bertugas sebagai Pengawas Kooperasi hari itu. Kelihatan seorang perempuan berumur 20-an menggeleng kepala tercuit dengan telatah – telatah pelajar, termasuk dirinya, Qatrunnada Eryna bt. Zamri.
Sebaik wang tersebut diletak, dia terus menggapai tangan Humaira dan melambaikan tangan pada Shadila.
“Ira, jom cepat, nanti tak pasal – pasal kita kena denda dengan singa tu. Aku taknak kena lagi macam hari tu, malu!” mereka berlari – lari anak cepat menuju ke makmal Biologi.
…..
Pengalaman didenda minggu lepas terimbau. Sesampai sahaja di makmal. Cikgu mereka tercegat dipintu makmal. Jelas riak kemarahan pada wajah hitam manis milik gurunya itu.
“Kamu nak suruh saya tunggu kamu semua berapa lama? Dah puas rehat? Kalau belum saya boleh batalkan terus kelas hari ni! Masih tak sedar – sedar yang kamu semua ni dah nak SPM. Tinggal lagi 2 bulan nak Trial Exam SPM. Tapi semua masih main – main! Apa nak jadi dengan kamu semua ni ha??? Dah la setiap kali ujian, kelas kamu lah paling tercorot! Masih ada yang fail dalam subjek itu ini. Pening saya dengan sikap kamu semua ni.” Bebel guru Biologi kelas mereka, merangkap Guru Kelas 5 Al – Jahiz.
Seluruh pelajar kelas mereka didenda ketuk ketampi di beranda makmal dalam barisan. Memanjang sepanjang koridor. Ramai pelajar dari kelas lain keluar tengok mereka sekelas dimarahi dan didenda hari itu. Ada yang membawa kamera ke sekolah mengambil kesempatan menangkap gambar mereka didenda. Pelajar – pelajar lain bersorak – sorak melihat kejadian tersebut.
Malu mereka sekelas gara-gara mereka terlambat ke makmal. Dan kejadian tersebut betul – betul menjadi pengajaran untuk lebih tepati masa pada masa hadapan. No more next time!
…..
Sebaik sampai ke makmal, Eryna menjenguk melihat kiri kanan dan sekeliling makmal. Mencari – cari kelibat yang digeruni mereka sekelas. Takut – takut kalau guru mereka yang garang itu sedia menunggu lagi.
“Hoi, Ery! Masuk – masuk je lah. Dia belum datang. Yang kau takut sangat tu kenapa? Rilek saja lah. Hahaha.” Sergah salah seorang budak lelaki kelasnya. Meor, dia salah seorang kawan lelaki yang selalu tegas dengan disiplin Eryna. Ketua Pelajar la katakan.
“Fuh! Nasib baik dia belum ada. Ira, tolong turunkan kerusi untuk Sha.” Humaira yang digelar sebagai Ira terus menurunkan kerusi untuk rakan mereka Shadila sebaik meletakkan buku-buku di atas meja. 5 minit kemudian Shadila masuk dituruti guru mereka.
“Ery, nah barang kau kirim tadi.” Hulur Shadila pada Eryna.
Dan proses pembelajaran bermula seperti biasa. Makmal Biologi senyap, tiada kedengaran lagi suara pelajar 5 Al – Jahiz sebaik guru mereka memulakan penerangan. Masing – masing menumpukan perhatian dan tangan laju mencatit nota ke dalam buku.
…..
“Okey student, see you next week. Don’t forget to pass up your paper on my table before 2 p.m. Assalamu’aluikum.” Kelas tamat dan uru mereka beredar meninggalkan makmal menuju ke bilik guru, mereka turut keluar dan menuju ke kelas.
“Izzah, kau balik pukul berapa petang nanti, pergi makan tengahari tak nanti?” Tanya Eryna pada rakan sebiliknya yang turut sekelas dengannya.
“Eh, Ery. Kau tak tahu ke kita ni ada program hujung minggu ni? Tadi baru kaunselor tampal senarai nama pada papan kenyataan di lorong dekat kantin tadi. Mesti kau tak tengok lagi kan? Pergi la tengok. Nasib la, ramai kot budak kelas kita tak dapat balik.” Beritahu Izzah.
Riak wajah Eryna terus bertukar sebaik mendengar berita tersebut. Tidak tahu ingin menunjukkan ekspresi wajah sebagaimana. Terkejutkah? Sedihkah?
Terkejut kerana tahu dia perlu menghadirkan diri ke program sekolah pada hujung minggu ini, lebih tepat program bermula malam tersebut. Bersedih pula kerana terpaksa membatalkan niat pulang ke rumah. Jarang sekali dapat berjumpa dengan ibubapanya. Begitulah nasib mereka pelajar Sekolah Berasrama Penuh. Sebulan sekali sahaja diberi kebenaran untuk pulang ke rumah.
Cepat dia menuju ke kawasan papan kenyataan. Mencari – cari senarai nama bagi memastikan namanya di antara mereka yang tersenarai. Kelihatan hanya satu per tiga dari pelajar Tingkatan 5 yang dipilih.
…..
Pulang sahaja dari sekolah, mereka menuju ke Dewan Makan, untuk menjamu makanan tengahari mereka. Tidak ramai tengahari tersebut. Begitulah suasana di Dewan Makan jika pada hari diberi kebenaran untuk pulang. Ramai yang bergegas mengemas barang – barang kepunyaan masing – masing untuk dibawa pulang. Dan ramai yang lebih suka pulang dan makan bersama keluarga pada petang itu.
Sedang dia beratur untuk mengambil lauk, kelihatan beberapa orang perempuan dan lelaki berumur lingkungan 20-an di meja VIP bersama Penolong Kanan HEM. Mereka kelihatan rancak berbual. 'Mungkin mereka yang bakal mengurus program sekejap lagi.' Detik hati Eryna.
Salah seorang dari mereka memandang tepat ke arah Eryna. Eryna melemparkan sebuah senyuman buat si gadis manis tersebut, lantas mendapatkan tempat duduk di salah satu meja berdekatan dan terus menghabiskan makan tengahari hari itu.
…..
Usai makan, dia dan rakan menuju ke asrama. Kelihatan banyak kereta beresak – esak dikawasan asrama. Ibu bapa masing – masing datang menjemput anak – anak mereka. Sayu memikirkan nasib tidak dapat serta pulang bersama yang lain.
Naik ke bilik, mereka terus bersiap dan turun ke surau untuk solat Zohor. Masa dihabiskan di tikar sejadah sementara menunggu berita dari rakan yang lain tentang program petang itu. Alunan – alunan kalimah Allah itu terasa begitu indah.
'Ya Allah, sudah lama rasanya aku abaikan kitab-Mu.' Detik hati kecil Eryna.
Sebak terkenang sikap ambil mudah diri sendiri, perasaan insaf menyelinap di segenap diri. Sudut kecil hati Eryna, begitu merindui waktu untuk menangis di dalam sujud tika semua manusia nyenyak di buai mimpi.
….
p/s:
boring kan? huhu. Tapi ni la permulaan macamana mereka boleh diketemukan ! tapi melalui siapa? jom ! baca lagi !

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...