Followers

Wednesday, June 27, 2012

home made Dadih ; cepat & mudah

Assalamu'alaikum. dah ciap update sal choc...nak share lak nak buat....dadih! hehehe. dadih ni, bagi siapa2 yang suka makan and asyik2 beli je......di SARAN kan sangat2 oleh pihak penaja F&N untuk buat sendiri....

(F&N patut bangga sebab ada orang sudi jadi promoter tak berbayar.hahaha |gelak baget bagus| )

ok, kembali kepada niat asal.

bahan2 yang diperlukan hanyalah.......!



satu tin susu krimer sejat oleh F&N..


satu paket serbuk dadih by ; HAPPY GRASS
boleh juga keluaran lain2


gula prai a.k.a gula kasar.
mengikut tahap kemanisan yang disukai masing2

p/s:pesanan ikhlas dari kementerian kesihatan, amalkan kurangkan 5M! :D
sebagaimana rakyat Malaysia yang memegang rekod no. 1 rakyat paling ramai obesiti.ishk3 T_T"


okey, stop dengan bahan2. boleh kita mulakan projek dadih kita ni????? Jom3!

First step!


cari periuk yang bersaiz sederhana besar dan mampu menampung air melebihi 3 Liter.
di ingatkan, baget jika dadih menggeledak juga! jangan sampai membuak2 keluar ye =)

panaskan air hingga mendidih.


dah mendidih?
ambil 2 senduk gula, dan masukkan ke dalam air mendidih tadi.

untuk langkah berjaga agar tidak tersalah sukatan gula, guna sudu makan, dan masukkan 6 - 8 sudu gula.


kacau hingga gula larut.jangan biarkan gula cair sendiri kerana, jika dibiarkan, gula akan melekat di permukaan periuk.


ambil serbuk paket kecil dalam paket serbuk dadih, masukkan. dan kacau biar larut.


buka tin susu tadi, bagi yang tiada pembuka tin, boleh tebuk menggunakan pisau.


hasilkan dua lubang dengan arah bertentangan. ini akan memudahkan susu keluar. mengikut formula fizik, pressure. ;D


tuangkan susu ke dalam air mendidih tadi.


tuang hingga habis.


kacau hingga sebati...

kawal saiz api.


masukkan serbuk dadih sedikit demi sedikit supaya tidak ada yang berketul.

kacau hingga sebati dan tunggu dadih mendidih. dengan saiz api sederhana.kacau berterusan,jangan biarkan diatas api.


setelah mendidih, boleh angkat dari atas dapur dan pindahkan ke atas meja, untuk tujuan menjaga faktor fizikal meja, boleh lapiskan dengan kertas lama, dan juga pelapis alatan panas. contoh seperti dalam gambar. tak nak bagi berlaku sebarang kerosakan. safety first! ;)


ha....ni aksi my adik yang menuangkan dadih ke dalam bekas. =)


kalau nak guna bekas kecil2 macam ni pun boleh, akan jadi macam ni la... =)

tunggu hingga dadih sejuk dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.



dah sejuk, boleh masukkan ke dalam peti ais untuk sejukkan dengan darjah beku =p




dah sejuk, boleh hidangkan untuk dijamu. =)



p/s : hiasan bergantung pada kreativiti masing2 okey? \(^_^)/


sekian,
wassalam.

2 comments:

  1. ummmmpphh.. sedap ni.. kena try ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh . .
    Terima kasih untuk info ni
    Okay siap siap, haha
    buat dadih laa apa lagi KIKI

    http://khairilfahmi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...