Followers

Monday, March 26, 2012

Hubungan jarak jauh !


Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa.

Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh.

Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju. Saat aku dan dia menjauhPernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi.

Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.

Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )


Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.


-Mohd Nazarul Elmy, UMS

day dreaming !


Indah benar angan - angan.

Hebat benar perancangan.

Tapi....

Yang melaksanakan, DIA..!!!

Yang Maha Merancang , al-Baari'. DIA merancang segala yang terbaik untuk hamba-Nya.

kerana DIA juga Maha Mengetahui, al-'Alim. DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

DIA juga al-Qaabidh,Yang Maha Pengendali.segala caturan dimuka bumi.segala hal adalah milik-Nya.dan DIA berhak mengendali baik buruk sesuatu.

Tapi,kita diberi kesempatan untuk berDOA, berUSAHA, berIKHTIAR, dan akhirnya TAWAKKAL. mintalah pada-Nya, al-Mujiib. kerana DIA juga Maha Mengabulkan.

sharing, ♥

#tak salah nak berangan, Mat Jenin pun berangan. Tapi biarlah angan-angan itu disertakan dengan usaha. ;))

kenapa nak kahwin dengan anak pakcik ?


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

  1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
  2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
  3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
  4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
  5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
  6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
  7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
  8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥

bertudung , kewajipan menutup aurat !


Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

#sharing, C&P fb.

dapat apa ?



Pesan Aishah R.A:

"seindah2 wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Sebelum emo lebih lanjut try tgok dulu video Hukum meletakkan gambar di facebook by Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :)

bila cik abang cemburu ;)


Setelah menikah si suami berbicara kepada isterinya:

"Sayang, cukup abang saja yang bekerja. Sayang hanya tinggal di rumah saja menjadi pemaisuri dan menjaga harta benda, kerana abang sangat cemburu jika ada lelaki lain yang bertemu dan memperhatikan dirimu."

p/s: Masih ada yang mengucapkan sedemikian?

# sweetnya 'pakwe' dia...jeles ana huhu ;))

jangan pakat ikut je, kena tahu kenapa .



TREND LETAK ANAK PATUNG DI BUMPER KERETA.

Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

amanah dari bapa ;)



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

-Saat Lafaz Sakinah|Far East

#suka lagu ni. ;))

siapakah antara mereka?



Satu ketika kau bertanya..

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya??

Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia??

Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya??

Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku??

Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan dukaku agar satu hari, jika ujian itu dtg air mataku ada yg menghapuskan??

Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar??

Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..agar bila aku kelesuan ,kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman??

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sahaja denganmu tanpa rasa ragu??

Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang??

Satu ketika aku menjawab…

“Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi, Izinkan aku bertanya kepadamu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU..? jika aku sudah tidak seperti dulu? Menjadi Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku??

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu…

Jika aku sudah tidak mampu lagi..

♥ menjagamu ,

♥ menemanimu ,

♥ memerhatikanmu ,

♥ mendidikmu ,

♥ membelamu ,

♥ menggerakkanmu ,

♥ menjadi sahabatmu dan

♥ menghiburkanmu .

Sudikah kamu wahai …………………? Aku percaya..kau masih sudi..

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”

~C&P

beliau doktor idaman kita ;)



Dr. Ali Shahwani merupakan doktor professor Perbidanan dan Sakit Puan di Universiti Ain Shams, Kaherah. Beliau lulus sarjana muda perubatan dari universiti yang sama pada pertengahan tahun 70-an. Ketika itu umurnya menghampiri 40 tahun. Semua ini kerana beliau dipenjarakan selama 17 tahun ketika zaman Jamal Abdul Nasir.

Dapatkah kita bayangkan betapa tsabat (tetap) dan sabarnya Dr. Ali ketika di penjara? Dipenjarakan selama 17 tahun yang mengorbankan zaman remajanya yang sangat berharga. Dan ketika beliau dibebaskan, kebanyakan rakan-rakan sepengajian dengannya sudah pun menjadi doktor pakar.Namun, beliau adalah salah seorang daripada tahanan yang mampu mengkhatamkan Al-Quran dalam satu malam.Sangat sedikit yang mampu berbuat sedemikian.
Beliau juga sangat cemerlang dalam pelajaran, sama ada sebelum atau selepas dipenjarakan sehinggalah beliau menjadi profesor di Universiti Ain Shams.Beliau dipenjarakan pada tahun 1954 yang mana ketika itu beliau di tahun akhir pengajian.

Dr. Mahmoud Ezzat sempat bertemu beliau ketika di penjara. Ketika itu Dr. Ali Shahwani sudah sepuluh tahun dipenjarakan.Beliau seorang yang sangat warak. Halal dan haram dijaga dengan teliti.

Satu kisah diceritakan oleh Dr. Mahmoud Ezzat selepas dibebaskan. Ketika beliau di tahun empat pengajian, beliau datang berjumpa Dr. Ali Shahwani untuk bertanyakan pelajaran yang tidak difahaminya. Ketika itu Dr. Ali sedang menjalankan round di wad kecemasan Sakit Puan Dan Perbidanan. Wad itu sangat panas dan tidak selesa.


“Marilah kita keluar dari tempat ini. Apabila kes sampai, kita masuklah kembali,” ajak Dr. Mahmoud Ezzat.
“Tidak. Tempat aku di sini. Wad kecemasan menuntut aku untuk sentiasa berada di sini.” Jawab Dr. Ali Shahwani.
“Tapi keadaan di luar lebih elok.”
“Jika kau mahu, marilah datang ke rumahku selepas aku selesai round”
“Duit yang kau ambil sangat sedikit berbanding usaha yang kau berikan,” kata Dr. Mahmoud apabila melihat usaha tinggi Dr. Ali terhadap kerjanya.
“Ini ialah janji aku dengan kerajaan,” jawab Dr. Ali “dan aku akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan cara ini. Aku tidak akan memungkiri janjiku.”


Kisah ini seolah-olah kisah Saidina Umar Al-Khattab yang tidak mahu berbicara soal-soal peribadi menggunakan lampu pelita kerajaan. Bezanya, kisah ini berlaku pada zaman kita.Kisah dan prinsip beliau menjadikan beliau berbeza dari doktor-doktor lain.

Antaranya:

  1. Doktor yang setaraf dengannya biasanya mengambil LE200-300 untuk sekali pemeriksaan. Namun Dr. Ali hanya mengambil LE20 sebagai upah.
  2. Doktor-doktor lain yang setaraf dengannya biasanya mengambil upah sebelum ibu-ibu keluar dari bilik persalinan lagi. Namun Dr. Ali hanya mengambil upah seminggu kemudian ketika ibu-ibu datang untuk membuka jahitan pembedahan.
  3. Lebih menakjubkan, jika beliau tidak mengenali latar belakang pesakit itu, beliau hanya katakan, “Bayarlah sekadar kamu mahu.”. Apabila ditanya tentang tindakannya, beliau menjawab, “Aku tidak mengetahui situasi pesakit tersebut. Mengapa perlu dia menjual segala kepunyaannya untuk membayarku sedangkan aku lebih berada daripadanya?”Beliau tidak membeza-bezakan antara pesakitnya. Semuanya dilayan serupa. Sama ada Muslim atau pun Kristian.
  4. Diceritakan salah seorang pelajar Dr. Ali memintanya surat cuti untuk kakak iparnya untuk dia menangguhkan peperiksaan. Apabila mengetahui kakak ipar pelajarnya itu keluar bercuti ke negara Arab, beliau meminta kembali surat cuti tersebut dan berkata, “Padaku gagal dalam peperiksaan itu lebih baik dari menipu walaupun sekali,” sambil membacakan ayat:
“Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.”
Surah Al-Balad: 16-17


Dr. Mahmoud Ezzat juga menceritakan, selepas kematian Dr. Ali Shahwani pada 18 November 2009 anak-anak Dr. Ali meminta untuk menyambung kerja-kerja di klinik agar tidak ditutup. Lalu Dr. Mahmoud pun mencari orang untuk menggantikan tempat Dr. Ali. Akhirnya, beliau sedar tiada seorang pun yang mampu menggantikan tempat tersebut. Tiga atau empat orang doktor juga tidak mampu menggantikan Dr. Ali Shahwani, kerana beliau ialah seorang lelaki dengan kekuatan seribu umat.

-Adam Zainuddin, Tahun 6, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah

pakai la tudung !



Assalamu’alaikum wbt ,

teringat ana kuliah ana waktu Tahun 2 di Universiti Iskandariah, Mesir. Proffesor ana ketika waktu praktikal pernah bagi tahu pada ana betapa bahawasanya hebatnya ciptaan Allah swt. Dan sesungguhnya Allah swt itu tidak bermain-main dalam ciptaanNya. Kata Prof ketika itu, kenapa Allah swt minta hamba-hambaNya wanita khususnya utk memakai tudung? Kenapa dan kenapa? Jelasnya kerana Allah swt itu sangat mencintai hambaNya, Allah swt minta kita pakai tudung bukan saja untuk menutup aurat, bahkan ada rahsia tersembunyi. Dan mesti pelik , kenapa lelaki tak perlu pakai tudung pulak??

# Ana ambil point ni dari sudut medik dulu ya :D

Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yang ana kaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS ..

#Apa itu MASTOID PROCESS?
Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Prof ana kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita , riak muka kita semuanya.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan.. dan benarlah kata nabi s.a.w

" seindah hiasan adalah wanita solehah " ♥ ♥ ♥

Jadi rasa-rasanya ini adalah satu kelebihan atau satu kelemahan untuk wanita? Kalau ana jadi wanita, ana pakai! :D hihi ..kerana ini adalah salah satu tanda Allah swt mencintai hamba-hambaNya

“ afala ta’kilun “
“ afala tatafakkarun “

“tidakkah kau berfikir? “

“ dan nikmat Tuhan manakah yang kau nafikan? “

-Muhamad Saddam Jamaludin Sa

puitisnya Oki berpuisi ;)



NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMAMU:

Negeri Kelantan Seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu,
Cik Siti Wan kembang,
Cukup indah namamu seindah negerimu.

Duhai wajahmu yang indah persis jeddah,
Yang pernah kulewati,
Taat menjunjung Al-Quran,
Teguh menggalas syariat yang tidak pernah goyah,
Tersentuh hati kudusku lantaran aku disini,
Biar tidak pernah kuduga,
Bertemu dengan seorang ulama yang dicintai rakyatnya,
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan terubat jua akhirnya,
Biar sekelumit cinta.

Beruntung rakyatnya,
Menumpang teduh Seorang ulama yang lembut, Tapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merinduimu lagi,
Entah kapan bisa diubati,
Cuma setitis doa bisa kutitip buatmu,
Memacu membangun ISLAM bersama,
Semoga kita bertemu kembali.

- Oki Setiana Dewi @ Anna Astafunnisa -
Heroin Ketika Cinta Bertasbih
9.3.2012
Kelantan Trade Centre

# ambo anok kelate ;)

saranghea Allah !



Ya Allah,
andai ujian yang menimpa itu mampu menguatkan cintaku padaMU,
limpahkanlah aku dengan beribu ujian.

Ya Allah,
andai musibah yang menimpa itu mampu menguatkan kasihku padaMU,
limpahkanlah aku dengan beribu musibah.

Dan aku kan terus dengan janjiku,
untuk setia padaMU.

# KAU kekasih maha HEBAT !!!

jangan memilih sangat lah yer ;)



mengapa terus menanti yang tak sudi ?
mengapa biarkan hati terus dilukai ?
mengapa berharap pada yang tak pasti ?

terima saja yang ikhlas memperistri
yang dirimu dia peduli malah hatinya tulus mencintai.
yang kerana cintanya pada ilahi melayakkan dia digelar suami.

ya,walau dia tidak seperti putera yang diimpi.



Ya ILAHI,
tidak kuimpi yang kacak rupawan,
yang tinggi pangkatnya,
yang gagah perkasa tubuh badannya,
yang bijak mentalnya..

Namun yang terkenal dengan kecintaanya yang mendalam terhadap-Mu,
yang khayalannya terbang dalam cekrawala Tahadjud
diketika malam berlabuh tirainya
disaat hamba2-Mu yang lain nyenyak dalam pelukan kekasih mereka
dia yang kusyuk dalam sujud dan munajat kepada-MU
dengan sara kehambaan-NYA semata mata
mengharap Pesona wajah-MU di syurga kelak..

'' Allah cinta kepada mereka, dan mereka mencintai Allah'' [Maidah]

senyum tak perlu kata apa2. ;)



hadapi dugaan itu dengan senyuman, kerana senyuman itu adalah penawar.

dalam masa yang sama senyuman itu adalah sedekah yang paling mudah.


berkecil hati, mengeluh, merungut tika dilimpahi musibah, tika diri disapa ujian?
umpama kita menolak rasa cinta, rasa kasih, rasa rindu Allah pada kita.
sedangkan DIA, menghulurkan pahala,
sedangkan DIA menghapuskan dosa kita. ;)

Dan bersyukurlah tika ujian dan musibah menyinggahi hari hari kita, itu tanda, ALLAH masih sayang, masih ingat pada kita ;)

last but not least, senyuman itu penyakit berjangkit. Tapi bukan penyakit berbahaya! Sedar atau tidak,bila kita senyum pada seseorang, orang yang melihat akan turut tersenyum, dan secara tidak 'disengajakan', mereka turut menyebarkan.

dan siapa yang patut mulakan???

KITA !!! ;)

Sunday, March 25, 2012

tak kenal maka tak cinta.


kalau orang lain nak kata " tak kenal maka tak cinta"

tapi ana nak cakap, "tak kahwin maka tak cinta" ~_~'

Kahwin muda : Ustaz Haslin Baharim


doktor itu 'tuhan'.



Ikram sedang bersiap untuk ke hospital. Malam ini, gilirannya pula yang akan menjaga bilik kecemasan. Baru sahaja ingin memasuki keretanya, tiba-tiba dia didatangi oleh dua orang lelaki berpakaian gelap, menutup muka, menghulurkan pisau. Memaksanya untuk menyerahkan telefon bimbitnya.

Risau nyawa melayang, dia pun terus menuruti kehendak perompak itu. Bila saja Ikram menyerahkan telefon bimbitnya, kedua-dua perompak itu pun terus bergegas pergi.

Dalam kekalutan itu, Ikram terpana. Ikram cuba mengingati sebanyak mungkin ciri-ciri yang ada pada perompak itu untuk proses pengecaman nanti.

Namun, apa yang Ikram ingat hanyalah tatu pada sebelah tangan kanan dan parut pada tepi mata kiri salah sorang lelaki itu. Seorang lagi lelaki, tidak ada satu pun ciri-ciri yang sempat terlintas di ingatan Ikram.

Kerana mengenangkan dia bertugas pada malam itu, dan dia tidak mahu kelewatan kerana risau tidak cukup kaki tangan kecemasan di hospital, apatah lagi pada malam minggu yang selalunya memang banyak kemalangan, Ikram terus gagah juga ke hospital tanpa pergi melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Sesampainya Ikram di hospital, dia agak lewat beberapa minit. Sewaktu itu sudah banyak kes kecemasan yang perlu diambil perhatian dan diuruskan.

“Kau ke mana? Lambat dah ni! Tidur ke? Kenapa aku call tak angkat-angkat? ” satu pertanyaan tegas oleh ketua jabatan yang turut ada bersamanya pada malam itu di bilik kecemasan tersebut.

“Maaflah tuan, saya tadi ada hal kecemasan. Telefon saya dicuri tadi,” jawab Ikram tanpa ragu-ragu.

“Dah, dah, cepat. Siap-siap, lepas tu terus masuk,” ketuanya memberi arahan jelas.

Malam itu, Ikram menguruskan kes seperti biasa. Malam minggu, memang sesak dari hari kerja.
Sehinggalah tiba-tiba datang ke pintu bilik kecemasan, satu kes yang menggamit perhatian Ikram.

“A 28 year-old male, Malay, trauma to the chest and both upper limbs, not known of HT or DM, was riding a motorcycle, had accident with a car ten minutes ago,” kata doktor yang mengiringi pesakit tersebut di atas pengusung.

“Insert central IV, need chest tube over here, suspected of tension pneumothorax,” suara-suara doktor lain yang cuba menyelamatkan lelaki itu.

Ikram tergamam seketika. Dilihatnya lelaki itu berpakaian jaket hitam, dan ada tatu di tangan kanan, dan juga ada parut di tepi mata kirinya. Terus saja Ikram mencapai poket seluar lelaki itu, dan memang ternyata, ada telefon bimbitnya, tapi sudah remuk.

Sebaliknya Ikram meneruskan kerjanya seperti biasa. Dia cuba merawat lelaki itu bersama doktor-doktor bertugas yang lain.

******

Di luar, hujan renyai-renyai. Lelaki yang kemalangan itu, kali ini terlantar di katil wad, merenung jauh renyai-renyai di luar jendela hospital.

“Macam mana keadaan sekarang? Semakin baik?” sapa seorang doktor yang bertugas membuat follow-up keadaan lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan, tanpa suara.

“Doktor, saya rasa menyesal sangat dengan apa yang saya buat pada malam saya kemalangan tu,” tiba-tiba lelaki itu meluahkan perasaanya.

“Yang pasal samun tu ke?” tanya doktor tersebut.

“Eh, macam mana doktor tahu?” tanya lelaki itu kehairanan.

“Dr. Ikram cerita. Dia kawan rapat saya. Dia yang rawat kamu pada malam kamu kemalangan tu. Dia ada kata nak ziarah kamu di wad ini,” jawab doktor tersebut selamba.

Bertambah berubah muka lelaki itu.

“Ha, tu pun dia datang,” kata doktor itu lagi, sambil menoleh ke pintu wad.

Ikram datang, senyum, salam dengan doktor tersebut, dan terus ke tepi katil lelaki itu. Raut wajah lelaki itu berubah-ubah. Terkejut dan pelik, ada juga raut kekesalan dan bersalah.

“Maafkan aku, wahai doktor! Maafkan aku!” terus saja lelaki itu teriak memohon kemaafan.

“Sudah, sudah,” kalau aku tak maafkan kau, aku tak rawat kau hari tu.

“Tapi kenapa? Kenapa kau tetap juga merawat walaupun kau tahu akulah lelaki yang telah menyamun kau?” tanya lelaki itu.

“Sebab kami, doktor, diajar untuk meletakkan RAHMAT dahulu sebelum keadilan. Biarlah apa pun kesalahan pesakit, sejahat atau sebaik mana pun pesakit, tapi bukan tugas kami untuk menghukum siapa yang patut hidup lebih lama atau siapa yang patut mati awal. Itu semua kerja Tuhan” Beberapa minit kemudian, Ikram beredar dengan rakan doktornya.

Sambil berjalan di lorong keluar, rakannya berbisik perlahan, bertanya, “Kau tak mahu laporkan pada polis?”

Dengan mudah Ikram menjawab, “Tak perlulah. Sudah cukup berat ujian yang dia lalui. Rakannya mati, tangannya sudah tiada. Sudah cukup itu sebagai hukuman. Lagipun, aku memang berhajat nak beli telefon bimbit lain. Samsung Galaxy Note kan baru keluar.”
Akhir : SELAMAT MENJADI DOKTOR YANG BAIK..
✿~ Secara jujur yang boleh saya ungkap daripada kisah ini adalah tugas seorang doktor adalah tugas yang sangat mulia. Umpama malaikat yang bertopengkan manusia. Berkot putih dengan stetoskop di leher. Membantu dan menolong dengan cara merawat insan yang lemah.

✿~ Segan untuk bercakap panjang dalam hal ini. Tinggal, sekadar berharap kepada kawan-kawan semua yang sedang mendalami dalam bidang ini, mahupun bidang yang berkaitan dengannya… selamat maju jaya.

✿~ Selamat menjadi doktor yang baik kepada umat manusia. Percayalah akan satu perkara bahawa bicara yang keluar daripada mulut seorang doktor adalah kalam yang sangat mudah untuk memecahkan ego pesakit-pesakitnya. Asalkan doktor tersebut percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik penyebuh.

Sekian. Moga ada manfaat. ;))

kredit to ; Haslinda Alias

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...