Followers

Saturday, April 28, 2012

Siapakah Mr.Z ? - Bab 1


T ok! Tok! Tok! Kedengaran pintu bilik kerjanya diketuk perlahan. Ibadahnya terganggu seketika. Bacaan kalimah Allah dihabiskan. Quran ditutup dan ibadahnya ditutup dengan sedikit doa. Quran diletak ke atas meja kerja.

“Masuk!” Jawab seorang perempuan dari dalam bilik tersebut. Masih setia diatas tikar sejadah disatu sudut dalam bilik tersebut.

“Ery, ada orang nak jumpa kamu nak.”Balas seorang perempuan tua seraya menjengah ke dalam bilik milik wanita muda itu.

“Siapa Mak Jah? Supplier pakaian ke? Mak Jah dah bawa dia ke pantri belum? Suruh dia tunggu saya sekejap.” Balas wanita yang dipanggil Ery itu sambil melipat telekung solatnya. Begitulah kehidupannya setiap hari, dari pagi hingga ke petang berada di kedai miliknya. Dalam sibuk menguruskan perniagaan kecilan miliknya, solat dan Quran tidak pernah diketepikan.

"Katanya dia kawan kamu. Mak Jah dah suruh dia tunggu anak kat pantri. Segak orangnya. Siapa tu? Boyfriend Ery ke? Dah pandai ia Ery sekarang, tak bagitahu Mak Jah pun.” Mak jah menunjukkan muka sedih, seolah seorang ibu yang berkecil hati dengan sikap anaknya.

“Mak Jah.. ala, tak comel la buat muka macam tu, Mak Jah kan tahu, Ery mana ada boyfriend. Ery ni mana cantik macam perempuan – perempuan kat luar sana. Tak ada pun orang nak kat Ery ni.” Ulas Eryna sambil memeluk pinggang perempuan baya lebih separuh abad itu sambil memberi kucupan ke pipi yang jelas berkedut menunjukkan umurnya yang telah berumur itu.

Mak Jah kembali tersenyum. Ciuman dibalas ke pipi anak muda itu. Yang telah banyak berjasa. Menjaganya biarpun dia bukan ibunya. Kasih sayang yang diberi anak muda itu cukup bermakna bagi seorang insan seperti Mak Jah. Dia telah dibuang oleh anak – anak ke rumah orang – orang tua. Eryna lah yang telah mengutipnya dari rumah orang – orang tua dan menjaganya seperti ibu sendiri.

“Mak Jah berangankan apa tu? Ery cakap pun Mak Jah tak dengar. Ery nak merajuk lah macam ni.” Kata Ery sambil membuat muka mencuka dengan menjuihkan bibirnya, tanda merajuk.

“Comel sangat la tu. Patut tak ada orang nak pun kat Ery. Kalau Mak Jah pun, Mak Jah nak, sebab mulut tu dah boleh buat sangkut penyidai baju. Kalau budak segak kat luar tu nampak, mesti terus balik. Hahaha.” Bebel Mak Jah pada Eryna yang telah dianggap seperti anak sendiri sambil mencubit pipi gebu Eryna.

“Ialah ialah. Tak ada pun orang yang sudikan Ery ni. Huk huk huk. Siapalah Ery ni kan Mak Jah. Mak Jah pun tak nak kan Ery dah.” Omel Eryna, kononnya menyambung rajuk dengan Mak Jah.

“Eh ke situ pula budak ni. Dah dah, pergi lah jumpa kawan kamu tu. Lama pula dia menunggu. Kesian dia. Mana tahu ada perkara penting ke ingin disampaikan pada kamu. Cepat sarung tudung kamu tu. Terhegeh – hegeh je kamu ni.” Bebel Mak Jah menunjukkan sikap seorang ibu yang prihatin pada anaknya.

“Ia, Ery bersiap la ni. Bebel je ibu ni. Nasib baik Ery sayang ibu.” Panggilan ‘ibu’digunakan kadang – kadang bagi menggantikan nama Mak Jah. Supaya keakraban antara mereka lebih utuh. Supaya Mak Jah dapat menganggap dirinya seperti anak. Supaya dia tidak terasa terhutang budi dengan dirinya.

Tudung labuh yang tergantung di tempat telekung solat di ambil dan terus disarung ke kepala. Terasa sempurna menutup aurat sebagaimana perintah Allah s.w.t. supaya dilabuhkan tudung menutupi dada. Jubah yang membaluti badan dibetulkan sebelum kaki melangkah menuju ke pantri.

.....................…….



“Assalamu’alaika ya akh.” Ucap Eryna sebaik nampak kelibat tetamunya.

“Wa’alaikassalam ya ukhti.” Balas pemuda tersebut sambil bangun dari kerusi di meja makan tersebut dan memusingkan badannya supaya dapat bertentangan dengan gadis yang cukup mencuri hatinya.

‘Wajah ini. Seperti pernah berada dalam kotak ingatan ku. Siapa dia?’ Monolog Eryna, cuba mengingati. Lantai pantri ditatap seolah mencari jawapan dan meminta jawapan darinya. Riak kebuntuan terpapar di wajah Eryna.

Pemuda dihadapan mengeluarkan kad nama miliknya, lantas dihulurkan pada Eryna. Eryna menyambut dengan baik dan seulas senyuman dihadiahkan tanda memohon kemaafan diatas ingatannya. Nama yang tercetak di kad tersebut di baca perlahan.

“Dr. Rayyan Rifqi bin Razuki!” Riak terkejut jelas diwajah Eryna.

Sambil menatap dalam kearah anak mata kecil milik pemuda tersebut. ‘Tunanganku….!’

Setitis air mata jatuh ke pipi yang putih bersih milik Eryna. Senyuman bahagia terukir. Dia tersenyum namun masih terlalu banyak persoalan yang bermain difikirannya.

‘Kemana dia menghilang selama ini? Masih setiakah cintanya padaku? Apakah aku masih tunangannya? Terima kasih Ya Allah kerana telah menemukan aku dengannya.’ monolog Eryna lagi.

Bahagia dia bukan kerana bertaut kembali. Jawapan masih pada pemuda tersebut. Namun bahagianya dia kerana satu penungguan telah berakhir.

‘Terima kasih Ya Allah..’


.....................................................



p/s:
nak tau tak apa yang terjadi antara mereka sebenarnya? dan siapakah Dr.Rayyan? dan kenapa Eryna boleh tidak mengenali tunangannya sendiri? jom kita baca Bab seterusnya ! ! !

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...