Followers

Thursday, June 28, 2012

24th Grand daughter !

Assalamu'alaikum wbt....dan Salam 1 Malysia ! =)

Apa khabar semua? hoping that all of you, doing well and in a pink health. (betul ke?da lupa...haha)

Okey, hari ni. Entry, welcoming untuk cucu perempuan Mok Su Habsah & Tok Su Ali yang ke-26dan juga cucu yang ke-38 .... ok, nampak sangat ramai cucu perempuan. kan3 ? =D



Haa.. ni la orangnya. Anak perempuan ke-4 pasangan bahagia azizul azmi dan Hasliza =).

Dilahirkan pada jam 2342h malaysia
pada 23 jun 2012 masihi
bersamaan 4 Syaaban 1433 hijrah.



tapi, apa nama si comel molek ni ???


saya pun tak tahu lagi..hehe. Tanya mak ayah dia la =p

Wednesday, June 27, 2012

home made Dadih ; cepat & mudah

Assalamu'alaikum. dah ciap update sal choc...nak share lak nak buat....dadih! hehehe. dadih ni, bagi siapa2 yang suka makan and asyik2 beli je......di SARAN kan sangat2 oleh pihak penaja F&N untuk buat sendiri....

(F&N patut bangga sebab ada orang sudi jadi promoter tak berbayar.hahaha |gelak baget bagus| )

ok, kembali kepada niat asal.

bahan2 yang diperlukan hanyalah.......!



satu tin susu krimer sejat oleh F&N..


satu paket serbuk dadih by ; HAPPY GRASS
boleh juga keluaran lain2


gula prai a.k.a gula kasar.
mengikut tahap kemanisan yang disukai masing2

p/s:pesanan ikhlas dari kementerian kesihatan, amalkan kurangkan 5M! :D
sebagaimana rakyat Malaysia yang memegang rekod no. 1 rakyat paling ramai obesiti.ishk3 T_T"


okey, stop dengan bahan2. boleh kita mulakan projek dadih kita ni????? Jom3!

First step!


cari periuk yang bersaiz sederhana besar dan mampu menampung air melebihi 3 Liter.
di ingatkan, baget jika dadih menggeledak juga! jangan sampai membuak2 keluar ye =)

panaskan air hingga mendidih.


dah mendidih?
ambil 2 senduk gula, dan masukkan ke dalam air mendidih tadi.

untuk langkah berjaga agar tidak tersalah sukatan gula, guna sudu makan, dan masukkan 6 - 8 sudu gula.


kacau hingga gula larut.jangan biarkan gula cair sendiri kerana, jika dibiarkan, gula akan melekat di permukaan periuk.


ambil serbuk paket kecil dalam paket serbuk dadih, masukkan. dan kacau biar larut.


buka tin susu tadi, bagi yang tiada pembuka tin, boleh tebuk menggunakan pisau.


hasilkan dua lubang dengan arah bertentangan. ini akan memudahkan susu keluar. mengikut formula fizik, pressure. ;D


tuangkan susu ke dalam air mendidih tadi.


tuang hingga habis.


kacau hingga sebati...

kawal saiz api.


masukkan serbuk dadih sedikit demi sedikit supaya tidak ada yang berketul.

kacau hingga sebati dan tunggu dadih mendidih. dengan saiz api sederhana.kacau berterusan,jangan biarkan diatas api.


setelah mendidih, boleh angkat dari atas dapur dan pindahkan ke atas meja, untuk tujuan menjaga faktor fizikal meja, boleh lapiskan dengan kertas lama, dan juga pelapis alatan panas. contoh seperti dalam gambar. tak nak bagi berlaku sebarang kerosakan. safety first! ;)


ha....ni aksi my adik yang menuangkan dadih ke dalam bekas. =)


kalau nak guna bekas kecil2 macam ni pun boleh, akan jadi macam ni la... =)

tunggu hingga dadih sejuk dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.



dah sejuk, boleh masukkan ke dalam peti ais untuk sejukkan dengan darjah beku =p




dah sejuk, boleh hidangkan untuk dijamu. =)



p/s : hiasan bergantung pada kreativiti masing2 okey? \(^_^)/


sekian,
wassalam.

Monday, June 25, 2012

Home made Choclate by little sister !

Assalamu'alaikum semua! bersempenakan cuti yang tak seberapa panjang tapi dah cukup untuk buat kami bosan kat rumah ni....saya nak post dan share cara2 nak wat home made choclate.ha..!ni juga atas permintaan saudari Eiqa Azra yang cun tu!

okey! Firstly, kita perkenalkan bahan2 yang diperlukan, simple sahaja. Jom2 tengok ramai2.


- Periuk
- Stainless bowl atau ikut kreativiti masing2
- Mould coklat ikut pilihan masing2
- Coklat koko atau coklat putih
- Pewarna jika ingan buat yang warna2
- Cup kertas biskut raya (kalau nak je)


contoh ; mould roses


contoh ; mould ABC + 123


contoh ; mould dedaun


pewarna ; warna paling asas, merah kuning hijau


kalau nak letak cup macam biskut raya pun boleh.so sediakan cup kertas biasa ni =)


sediakan juga periuk dan mangkuk besi untuk cairkan coklat.


First step yang ni paling2 wajib =D
panaskan air, letak secukupnya lam periuk.
kemudian letak mangkuk tadi di atas air.

p/s : air tidak perlu mencecah permukaan mangkuk. jangan sampai air melimpah masuk ke dalam coklat semasa air panas mendidih. tekstur coklat boleh rosak jika bercampur dengan air.


buka pembalut coklat dan patah2 kan coklat menjadi kepingan kecil2.
untuk tujuan mencepatkan masa untuk proses pencairkan.


bila coklat mula mencair, mula kacau coklat hingga cair sepenuhnya.

p/s: bagi kakak2 dan macik2 yang pakai gelang emas memenuh kat tangan tu, pesanan ikhlas dari penaja, boleh buka gelang2 tu dlu sebelum memasak. satu,untuk langkah2 sterile(bajet sterile je). 2, sebab nanti gelang tu serap haba dan memanas. untuk keselamatan agar tidak berlaku sebarang melecur akibat barangan kemas =p


kacau2 jangan biarkan macam tu je, kalau terlebih panas, coklat boleh berketul2.
macam santan juga la. kena kacau non-stop k? =)


kacau2 tanpa henti okey ! =)


boleh guna senduk tengok sama ada coklat dah betul2 cair atau belom.


dah fully cair, boleh la angkat pindah dari dapur ke meja.


titiskan pewarna beberapa titik, mengikut tahap warna yang dikehendaki masing2 =)


kacau hingga betul2 sebati.


tuang masukkan ke dalam mould.
bergantung pada anda untuk menggunakan mould bercorak apa. =)


dah siap, kemudian masukkan mould yang telah berisi dengan coklat ke dalam peti ais.
tunggu hingga coklat betul2 keras.
dan betul2 kering.

nak tahu macam mana dah kering??
masa terbalikkan bekas mould untuk keluarkan coklat.(dengan cara menghempas secara perlahan).
coklat keluar dengan mudah, tak perlu untuk ditekan keluar.


ni contoh yang saya guna mould huruf2. dari A sampai Z.
dekat mould tu ada nombor2 juga, kalau nak letak atas kek birthday ke apa2 boleh la. =)


ni contoh saya susun nama sendiri =)


boleh pelbagaikan bentuk. macam kat atas ni, bentuk bunga rose.
dan juga boleh pelbagaikan warna untuk nampak lebih menarik. =)


nak warna warni macam ni pun boleh. campurkan macam buat kek berlapis2.kalau nak lapis lebih kemas. boleh masukkan sedikit then masukkan lam peti ais, then tambah lapisan warna lain pula dan berikutnya cam tu juga. =)


ni contoh yang cute miut untuk kanak2. ada macam2.
Hello Kitty
Biri biri
Teddy Bear
dan macam2 lagi.



ok, senang bukan? boleh la pi kedai cari bahan dan mulakan projek coklat kalian!



SELAMAT MENCUBA !

Giveaway by Eiqa & Ain

.Assalamualaikum..

ini adalah sticky post

Alhamdulillah..setelah lama eiqa dan ain rancang untuk melaksanakan Giveaway,
akhirnya termakbul juga hari ini.. :)
untuk pengetahuan semua, ni adalah pertama kali eiqa dan ain melancarkan giveaway kami..
terima kasih kepada sponsor kerana sudi menjadi sponsor untuk giveaway yang tak seberapa ini..




SYARAT:
  • Buat entri bertajuk 'Giveaway by Eiqa & Ain'..
  • Copy banner diatas dan paste dalam entri.
  • Follow Blog Eiqa Azra dan Dhuratul Ain
  • Follow twitter Eiqa Azra dan Dhuratul Ain *bagi sesiapa yang ada twitter.
  • Follow sponsor *WAJIB
- Hasrul Hassan Follow Follow Follow Follow Facebook
- Atikah Follow like
- Zam Harirah Follow
- Sharfynarz Sharfnie Follow Like
- Maryati Follow
- Fizzah Follow
  • tag 3 rakan blog.. pastikan dorang tau..
  • Dah siap follow? letak link korang kat tempat komen eiqa. link penuh entri ye..
  • Hadiah untuk Top referral ada disediakan..

tarikh tutup: 27.7.2012

SENARAI HADIAH DAN SPONSOR

note: disamping korang join giveaway, korang juga boleh blogwalking dan menambah kenalan serta follower..

Monday, June 18, 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera

Assalamu'alaikum buat semua. bersempenakan cuti yang tak seberapa panjang ni, saya yag tak tahu nak wat apa hari ni selain kemas rumah je, terjah la Group Rakan Blogger.

Then jumpa satu link ni. and....terasa nak join join and join.haha. ;p


nak tahu apa syarat2 yang Niera letak?????

so simple, baca sampai habis tahu!

saya jamin, anda tidak akan menyesal. hehe.


ok.sekian, ciao!

Wassalam.

Segmen Oh Segmen


Saya dan rakan kongsi saya iaitu Eiqa Azra nak buat segmen yang pertama kami..

so kami nak mencari sponsor..
nak sponsor apa-apa pon tak pe..
kami nak cari dalam 5 hingga 10 org je..
xnak banyak-banyak sebab nanti susah peserta nak follow..

ada sapa-sapa berminat tak?

sesiapa yang menjadi sponsor,
- link blog korang akan menjadi penghuni bloglist eiqa dan dhuratul.
- disyaratkan peserta untuk follow blog korang..
- dalam masa yang sama, follower korang akan bertambah..

kalo berminat, email eiqa lysosome92@yahoo.com
dan sertakan,

- nama blog
- URL blog
- korang nak sponsor apa?
- untuk berapa orang?


kalau cukup sponsor, boleh la kami lancarkan segmen secepat mungkin.

Pantai Bukit Keluang, Besut

Hujung minggu yang lepas, saya dan adik2 ikut parents pi lawat adik laki bongsu saya kat MRSM Ulul Albab Kota Putra, Besut.

Sesampai je kat sekolah Ikhwan(nama adik), kami pun berangkat terus ke pantai.

Aktiviti :

- Makan
- Bercerita
- Motivasi sikit untuk adik, oleh parents.

Siap je makan, adik saya si Faris pun bawa la si Husna ngan Zahra tu pi tepi pantai....



dari nak pi tepi pantai je, dah masuk laut sekali.menyelam2 dah kata nya si Zahra.

naik2 je, terus kena bebel ngan umi. hahaha. sebab mandi laut.

siap salinkan pakaian untuk dua orang ni. kami berangkat hantar Ikhwan ke sekolah dan terus balik.

Arah tuju seterusnya, hantar Faris pi tuisyen Bahasa Arab.

Sekian, Wassalam :D

Pasar Malam Dan ANGRY Bird

Semalam saya dan adik2 ikut parents ke Hypermarket Pantai Timur, Pengkalan Chepa untuk cari hadiah weeding Abang Ngah dengan Kak Zubaidah (bukan abang saya ok! :p).

Kebetulan ada pasar malam jugak kat ngan Hypermarket tu, so kami pi la jalan2 kat pasar malam Taman Bendahara tu.... Niat nya, abah nak cari selipar je!

Dah jalan2 tu adik saya lak mula wat perangai. Si Husna mengamuk2 nakkan belon Angry Bird. FYI, Husna ni gilakan watak2 angry bird tu.

So, abah belikan la dua, untuk si kakak juga. Tak nak nanti gaduh berebut.

Ni muka berpuas hati dapat apa yang dia nak. :p But, si kakak punye pecah kena kipas. Al-Nasib lah badan, ajal cepat sangat belon dia.



Si kakak bodek2 cikit nak share belon angry bird ngan si adik. :p smile! Tengok la, Husna baju pun angry bird tuuu! :p


Si kakak dah boleh pegang dah. :D


Sekian cerita yang tak berkaitan ngan tajuk.

Wassalam.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...