Followers

Monday, June 25, 2012

Home made Choclate by little sister !

Assalamu'alaikum semua! bersempenakan cuti yang tak seberapa panjang tapi dah cukup untuk buat kami bosan kat rumah ni....saya nak post dan share cara2 nak wat home made choclate.ha..!ni juga atas permintaan saudari Eiqa Azra yang cun tu!

okey! Firstly, kita perkenalkan bahan2 yang diperlukan, simple sahaja. Jom2 tengok ramai2.


- Periuk
- Stainless bowl atau ikut kreativiti masing2
- Mould coklat ikut pilihan masing2
- Coklat koko atau coklat putih
- Pewarna jika ingan buat yang warna2
- Cup kertas biskut raya (kalau nak je)


contoh ; mould roses


contoh ; mould ABC + 123


contoh ; mould dedaun


pewarna ; warna paling asas, merah kuning hijau


kalau nak letak cup macam biskut raya pun boleh.so sediakan cup kertas biasa ni =)


sediakan juga periuk dan mangkuk besi untuk cairkan coklat.


First step yang ni paling2 wajib =D
panaskan air, letak secukupnya lam periuk.
kemudian letak mangkuk tadi di atas air.

p/s : air tidak perlu mencecah permukaan mangkuk. jangan sampai air melimpah masuk ke dalam coklat semasa air panas mendidih. tekstur coklat boleh rosak jika bercampur dengan air.


buka pembalut coklat dan patah2 kan coklat menjadi kepingan kecil2.
untuk tujuan mencepatkan masa untuk proses pencairkan.


bila coklat mula mencair, mula kacau coklat hingga cair sepenuhnya.

p/s: bagi kakak2 dan macik2 yang pakai gelang emas memenuh kat tangan tu, pesanan ikhlas dari penaja, boleh buka gelang2 tu dlu sebelum memasak. satu,untuk langkah2 sterile(bajet sterile je). 2, sebab nanti gelang tu serap haba dan memanas. untuk keselamatan agar tidak berlaku sebarang melecur akibat barangan kemas =p


kacau2 jangan biarkan macam tu je, kalau terlebih panas, coklat boleh berketul2.
macam santan juga la. kena kacau non-stop k? =)


kacau2 tanpa henti okey ! =)


boleh guna senduk tengok sama ada coklat dah betul2 cair atau belom.


dah fully cair, boleh la angkat pindah dari dapur ke meja.


titiskan pewarna beberapa titik, mengikut tahap warna yang dikehendaki masing2 =)


kacau hingga betul2 sebati.


tuang masukkan ke dalam mould.
bergantung pada anda untuk menggunakan mould bercorak apa. =)


dah siap, kemudian masukkan mould yang telah berisi dengan coklat ke dalam peti ais.
tunggu hingga coklat betul2 keras.
dan betul2 kering.

nak tahu macam mana dah kering??
masa terbalikkan bekas mould untuk keluarkan coklat.(dengan cara menghempas secara perlahan).
coklat keluar dengan mudah, tak perlu untuk ditekan keluar.


ni contoh yang saya guna mould huruf2. dari A sampai Z.
dekat mould tu ada nombor2 juga, kalau nak letak atas kek birthday ke apa2 boleh la. =)


ni contoh saya susun nama sendiri =)


boleh pelbagaikan bentuk. macam kat atas ni, bentuk bunga rose.
dan juga boleh pelbagaikan warna untuk nampak lebih menarik. =)


nak warna warni macam ni pun boleh. campurkan macam buat kek berlapis2.kalau nak lapis lebih kemas. boleh masukkan sedikit then masukkan lam peti ais, then tambah lapisan warna lain pula dan berikutnya cam tu juga. =)


ni contoh yang cute miut untuk kanak2. ada macam2.
Hello Kitty
Biri biri
Teddy Bear
dan macam2 lagi.



ok, senang bukan? boleh la pi kedai cari bahan dan mulakan projek coklat kalian!



SELAMAT MENCUBA !

1 comment:

  1. yuhuu!! tq ye.. :)
    cute miut la.. untungla pandai wat coklat..hehehe

    (๑◕ܫ◕๑)

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...