Followers

Friday, October 5, 2012

Bunga MAWAR , di Sebalik Warnanya, Punya Makna.

Assalamu'alaikum w.b.t. buat semua yang sudi baca entri a.k.a apa yang dhura bebelkan malam2 ni  =)

Hari ni kenapa tiba - tiba nak bercakap pasal bunga ? dapat bunga ke ?

wah ! seronoknya kalau betul betul dapat. huhu malangnya tak pernah lagi dapat bunga sebelum ni T_T ( betul ke x pernah dapat? biarlah rahsia huhu)



Haa.... tengok pict kat atas tu. lawa tak ? memandangkan mood tengahari tadi ase cam nak beli something (biar xde duit pun kan) lalu kat flowerist di bangunan menara timur, saja saja usha dari luar. 

"Wah, cantiknya.... bunga betul la... tapi.. MAHALnya!!!"

"Eh, jom masuk nak? saja cuci mata.."

Sekali masa pusing pusing lam kedai, tengok ada flowerist tengah potong mawar merah dan pink. Masih biarkan. dan teruskan dengan aktiviti meng'usha' barang kat kedai tu dan harganya.

On the way keluar serempak ngan flowerist yang kat dalam tadi, dia baru je lepas letak bunga mawar yang baru siap potong dalam bakul kat depan kedai.

Tangan ni gatal sangat nak pegang bunga. sambil tarik kawan untuk turut serta.

" Eiqa ! Lawa la. Akak, berapa ringgit sekuntum ? "

"RM2 sekuntum dik."

sambil dia berlalu masuk kedalam kedai.

"Jom beli ! Lawa sangat warna pink ni !"

dengan senang hati kami pun beli sekuntum sorang. balik je bilik kami terus cari botol kosong untuk letak bunga. kami isi air paip and letak sedikit panadol. (orang kata nak suruh bunga tahan lama, betul ke?)

Petangnya pukul 5 balik dari praktikal, jenguk bunga, "Wah!!!!!!!!!! cantiknya. Eiqa!!!! bunga dah kembang!" (menjerit macam la Eiqa dengar! perangai tak senonoh oleh anak dara pacik radzali)



Betulkan???? lagi lawa !!!! Memandangkan weekend ni Eiqa balik rumah dia kat Shah Alam, so, dhura pun jadi la mak angkat bidang terjun pada bunga ni....... (^_^)\/

Elok je terletak kat meja study =) 

tak semak ke meja tu? nanti nak study kan susah? 

Err.......... meja tu belum pernah digunakan untuk study selama 3bulan saya menginap kat bilik ni. =D

Haha ! teruk betul pangai.

By the WAY !!!!

bukan ke tajuk entri ni nak cakap makna disebalik bunga mawar?????? awat panjang lebar sangat mukaddimah ni dhura oi ????

Okey2x ! sorry ye sahabat taulan. Seronok pula cerita. (padahal nak menunjuk ada bunga je lebih. orang lain yang ada pokok belambak kat umah tak de pun nak bising????)

Okey jom kembali ke jalan yang benar. huhu

*************************************************

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

MerahCinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan KeberanianHantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

PinkMenunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
  KuningMembawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan

PutihMenunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”

LavenderCinta pandang pertama dan pesonaHantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

OrenKeghairahan dan keinginan yang tulus murniPilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

HitamPermulaan yang baru, Kelahiran semula, kematianKadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

BiruMustahil dan tak dapat disempurnakanBunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan

Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila


***************************************************

Maksud bunga yang saya beli :

Pink : Kagum dan simpati.
         Olahan : ok, kagum dengan ciptaanNYA sangat sangat sebab lawa sangat sangat.
                    : simpati?????????

Satu / sekuntum : cinta pandang pertama, kau lah yang satu.
                          Olahan : ok, sekali pandang, terus beli. hahaha
                                     : ya, kau lah satu. sebab nak beli banyak tak mampu. :)) haha *gelakgulingguling*

*************************************************

P/S :

sekadar suka suka sahaja ya. jangan percaya semua ni. sebab setiap kebenaran hanya DIA yang tahu. Dan kepelbagaian warna itu tanda kebesaranNYA =)

2 comments:

  1. hoho.. ala-ala.. comelnya bunga tu kembang.. jagakan bunga ros aku ye..hehe...

    ReplyDelete
  2. A blog like yours should be earning much money from adsense.

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...