Followers

Saturday, April 28, 2012

CINTA BUTA vs CINTA HAKIKI

K
ring,kring,kring!!! Nada telefon berbunyi pada pukul 7.30 pagi waktu untuk bersiap ke kampus. Setiap hari dan masa hanya mengacau aku untuk mengelamun dibuai mimpi yang indah. Rizal dan Ismail telah pun bersiap di awal pagi untuk pergi kuliah.

“Man!!!bangun. Haish susah betul budak ni nak bangun pagi, subuh pun tidak lagi” tegas Ismail sambil mengemas tempat tidur. Dengan bergegas melihat jam, aku terus bangun dengan tergesa-gesa untuk bersiap pergi ke kelas dengan kawan-kawan.

Dalam perjalanan untuk ke kampus, aku terserempak seorang perempuan yang sangat cantik rupawan. Tetapi, aku dikejutkan orang dari belakangku iaitu 'girlfriend' aku, Shila.

Shila seorang perempuan yang sangat terkenal di mata para jejaka di kampus tetapi Shila milik aku. Rizal dan Ismail menggelengkan kepala “Apa lah nak jadi dengan kawan kita Sulaiman ni”, berpisah untuk ke kuliah masing-masing. Aku menemani Shila ke kafeteria untuk breakfast.


*********


Selama 6 bulan aku couple dengan Shila tanpa ada sebarang ikatan apa-apa. Yang penting aku sayang dia, dia pun sayang aku. Satu kampus mengenali aku, kerana aku suka mengacau orang di sekeliling yang dekat dengan aku kecuali Shila. Dan tiada siapa yang berani dekati Shila ketika aku bersama dengan dia. Aku boleh dapatkan apa sahaja yang aku inginkan, kemudian aku terserempak dengan sekumpulan yang berpakaian alim yang datang ke arah aku dan Shila, dan Shila terus melarikan diri dengan sebab takut dengan para-para alim ini.

“Assalamualaikum Sulaiman, maaflah kerna mengganggu enta”. Kenapa mesti aku ditimpa bala dengan berjumpa dengan mereka ini semua.

“Waalaikumusalam, kenapa yer.??” Jawab aku dalam kehairanan.

Rupa-rupanya mereka ingin bertanyakan hubungan aku dengan si Shila. Sememangkan hubungan aku dengan Shila adalah sepasang kekasih, dan tiada siapa yang boleh halang aku untuk menyintai mana-mana perempuan.

“Apa hubungan enta dengan perempuan tadi yer??”. Aku rasa seperti nak belasah jer orang berlagak seperti ustaz-ustaz ini.

“Dia tu kekasih saya, yang 'ustaz-ustaz' ini semua sibuk tanya ni kenapa yer??”, suara yang perlahan tetapi hati yang sangat panas membara. Aku cintakan Shila, tidak ada salahnya aku menyukai dia.

“Maaf lah, anta silap rasanya. Couple itu akan haram tanpa ada sebarang ikatan nikah”, memujuk Sulaiman agar kembali ke jalan yang lurus. Tetapi aku endahkan percakapan mereka.

"Peraturan Islam wajib kita turuti, tapi pergaulan juga adalah termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka.”

Sulaiman yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis Sulaiman tu membebel, ustaz tu pun jawab

“Akhi, kalau Tuhan tak buat neraka, ana tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji ana sekarang. Baik ana jadi tauke judi, atau samseng. Sebab buat apa kita perlu kelakuan baik dan turuti perintah Allah, kerna Allah hanya buat neraka."

Aku terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga,maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak,takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Anta rasa, adil ke?”, tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.” rungut aku pada ustaz.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Akhi, ana bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Ana rasa anta dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk bergaul yang bukan mahram sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Aku terus meninggalkan ustaz-ustaz itu kerana aku telewat untuk masuk kuliah. Bila aku melintasi para ustaz, aku toleh ke belakang. Bila aku melihat tiada orang, dan aku teringat pada ustaz-ustaz yang telah menasihati aku. Rupa-rupanya, mereka semua adalah tidak wujud. Aku terus lari bergegas masuk kuliah dengan tercunggap-cunggap kerana ketakutan. Aku terdiam dan termenung memikirkan kejadian yang menimpa aku dengan sekumpulan para 'alim' tadi.


**********


Beberapa hari kemudian, cuti hujung minggu. Aku terjaga dari tidur, lalu aku bangun tiba-tiba ada satu cahaya di dalam almari yang amat menyinar. Aku buka almari tersebut dan melihat kitab al-quran yang aku tidak pernah membaca malah sentuh pun tidak. Aku sebak dan menitiskan airmata, dan tertanya-tanya dalam diri aku yang jahil. Otak aku kosong dengan ilmu agama, sebaik sahaja aku memegang al-quran dan membukanya,lidah aku terkelu malah aku tidak tahu, tidak kenal isi yang terkandung kalam Allah. Mujurlah aku masih ingat untuk mengambil wudu’, aku rasa berdosa kerna aku telah melakukan perkara yang dilarang oleh yang menciptakan aku.

Selasai sahaja mengambil, aku bertaubat dengan menunaikan solat sunat taubat kepada Allah. Kini baru aku menyesal dan faham yang telah terjadi pada diri aku sebelum ini, Allah telah merancang dan menentukan kehidupan aku dan memberi aku dugaan dan cabaran dalam menempuhi kehidupan.

Allahuakbar allahuakbar!!!

Azan subuh telah berkumandang, aku dengan persaan takut dan malu dengan kawan-kawan aku untuk mengejutkan mereka untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Rizal dan Ismail merasakan kehairanan dan pelik atas perubahan diri Sulaiman. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh secara jemaah, aku bersalam dan memeluk kawan-kawan aku dengan perasaan yang amat sedih kerna aku berada di jalan yang sesat sebelum ini.

“Alhamdulillah, kami bersyukur sangat Man, kerna kau telah sedar atas perbuatan kau selama ini”, Ismail terharu dengan sikap perubahan ke arah yang lebih baik Sulaiman. Telah tiba Masaya aku aku melakukan perubahan, aku nekad untuk berubah dan ingin mempelajari ilmu agama dengan kawan-kawan aku serta pertolongan ustaz di kampus.

Keesokan harinya, aku bersama dengan kawan-kawan bersiap-siap untuk pergi kuliah. Dalam perjalanan kami sempat gelak ketawa bersama-sama. Seperti biasa, Shila mencuit aku dari belakang.

“Asgtrafirullah al-azim” terkejut aku melihat muka Shila.

Shila melihat dengan kehairanan dan terdiam.

“Maafkan saya Shila, saya tidak perlukan awak lagi dan saya ingin hubungan kita hanya setakat ini saja, saya tidak mahu lagi melakukan perkara-perkara yang maksiat dan bergelumang dengan dosa-dosa lagi, saya harap awak paham apa yang saya maksudkan, saya mintak diri dulu, Assalamualaikum”, aku meninggalkan keadaan dengan Shila begitu dan aku meneruskan perjalanan bersama-sama kawan-kawan untuk ke kuliah.

Setahun telah pun berlalu, kini berada di tahun akhir setelah aku bertungkus lumus berusaha dalam mencapai cita-cita aku. Aku, Rizal dan Ismail sibuk mengedarkan sebuah risalah tentang islam kepada muslimin dan bahagian kumpulan muslimat turut mengagihkan risalah kepada muslimat kerna hari ini pelajar baru telah pun masuk untuk membuat perndaftaran mahasiswa baru. Aku berharap dengan berdakwah menyampaikan islam sebegini dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa di kampus.

“Alhamdulillah”, masing-masing berada dalam kehausan atau dahaga. Sambil melihat kerenah junior yang buat pendaftaran, tiba-tiba aku melihat seorang perempuan yang bertudung labuh bersama-sama parents datang ke arah kami dan ayahnya bertanyakan pada aku, “Maaf yer, dimana tempat untuk membuat pendaftaran yer??”, aku termenung melihat wajah anaknya.

“Ooo, mari saya tunjukkan pakcik...”, aku terus bangun dan membawa keluarga pakcik ini ke tempat yang inginkan. Aku terfikirkan lagi anak pakcik ini, hati aku berdebar-debar bila melihat dia iaitu anak kepada pakcik ini.


*******


Seminggu kemudian, minggu suai kenal telah pun selesai. Aku teringin berkenalan dengan perempuan pada hari pendaftaran yang lepas. Aku berjumpa dengan sahabat seperjuangan iaitu Natrah. Niat aku berjumpa dengannya adalah untuk meminta tolong cari maklumat tentang perempuan tersebut.

Selepas beberapa jam, aku telah dapat informasi tentang perempuan tersebut. Dia adalah Siti Zulaikha, yang berumur 20 tahun dan mengambil dalam bidang makmal perubatan yang sama dengan aku. Aku mula merasakan sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan. Aku tidak tahu bagaimana untuk memberitahu pada Siti Zulaikha bahawa aku suka dengannya.

Minda aku terdetik mengingatkan Natrah, aku pergi berjumpa dengan si Natrah yang menceritakan hal yang sebenar padanya dan ingin minta tolong sekali lagi padanya supaya kenalkan aku pada Siti Zulaikha dan menyuruh Natrah minta nombor telefon Siti Zulaikha.

“Baiklah”, dengan semangat jawab Natrah yang betul-betul untuk membantu aku. Aku percaya pada diri sendiri, jika diizikan tuhan aku ingin jadikan Siti Zulaikha sebagai zaujah iaitu isteri aku.


********


Dua bulan aku berkenalan dan berkawan dengan Siti Zulaikha dan belum meluahkan hasrat hati aku padanya kerana takut dia menolak tawaran aku. Pada suatu hari, aku telah nekad untuk memberitahu perasaan aku padanya dengan meminta bantuan pihak ketiga iaitu siapa lagi tidak lain tidak bukan iaitu kawan aku Natrah, dia buat apa sahaja yang aku suruh, baik hati sungguh Natrah.

Aku telah hantar satu pesanan kepada Siti Zulaikha :

“Assalamualaikum ukhti, ana mintak maaf kerna ana mengganggu anti , sebenarnya ana ada something untuk beritahu pada anti. Ana sebenarnya, dah lama untuk benda ni pada anti, cuma masa tidak membenarkan. Ana sebenarnya suka pada anti, jika diizinkan ana ingin anti menjadi zaujah pada ana. Maafkan ana,kerna terpaksa beritahu hasrat hati ana pada anti...” dengan perasaan yang gementar dan takut.

Sebaik sahaja aku menghantar pesanan ringkas itu pada Siti Zulaikha, dia terus berdiamkan diri tanpa membalas kata-kata aku padanya. Ketika itu, aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Siti Zulaikha, aku rasa dia mesti marah pada aku kerna memberitahu sedemikian padanya. Aku rasa sangat bersalah padanya, kalau boleh aku ingin meminta maaf padanya kerana dengan kesilapan aku ini menyebabkan aku kehilangannya.

Cuti semester panjang pun telah pun tiba, aku masih belum mendengar khabar berita tentang Siti Zulaikha. Masing-masing bawa diri untuk pulang ke kampung, tapi aku masih memikirkan tentang Siti Zulaikha. Dalam perjalanan pulang ke kampung, tiba-tiba aku mendapat satu pesanan ringkas daripada Siti Zulaikha, aku berkata dalam hati, mesti dia ingin memberitahu bahawa dia tidak boleh menerima aku,

“Assalamualaikum akhi, ana mintak maaf atas kejadian hari tu. Sebenarnya hari tu, ana terkejut dengan pesanan ringkas anta pada ana, kerana ana tidak bersedia lagi. Tapi mulai sekarang, ana bersedia untuk menerima anta, ana tahu niat anta pada ana ikhlas dan tulus kerna Natrah telah cerita segala-galanya tentang anta, ana kagum dengan sikap anta. Ermm,tapi ada syarat, anta mesti berjumpa dengan keluarga ana dahulu”


*********


Dia telah mengejutkan aku bahawa yang dia telah menerima aku, cinta aku antara Siti Zulaikha sebenarnya adalah tidak bertepuk sebelah tangan kerana dia pun menyukai aku. Waktu itu juga adalah hari yang sangat bahagia bagi aku. Setelah aku menerima pesanan itu, sampai sahaja di kampung halaman aku terus menceritakan antara aku dengan Siti Zulaikha kepada mak dan ayah agar mereka membuat persiapan majlis pertunangan aku dengan Siti Zulaikha. Mak dan ayah setuju dengan apa yang aku pinta daripada mereka.

“Man, adik kamu dah bersiap ker tidak. Mak dan ayah tak sabar nak pergi jumpa dengan menantu ni”, kelam kabut dibuatnya pada hari pertunangan aku yang telah ditetapkan oleh pihak Siti Zulaikha.

“Persiapan semua dah settle ke, tak der barang tertinggal ke, yang penting cincin pertunangan ada kan??”. Sembang aku di dalam kereta dengan mak dan ayah dalam perjalanan untuk pergi ke rumah keluarga Siti Zulaikha, risau dan sangat nervous. Aku berharap sangat agar di majlis pertunangan nanti berjalan dengan lancar.


*********


Sebulan telah berlalu, pertunangan telah selesai. Hubungan aku antara Siti Zulaikha membuatkan aku merasa semakin bahagia, antara aku dengan keluarga dia semakin akrab dan rapat. Akhirnya Allah s.w.t. telah menemukan aku dengan cinta yang sejati dan hakiki, dan aku berjanji yang aku tidak akan menyakiti mana-mana belah pihak dan Siti Zulaikha.

Pertunangan aku antara Siti Zulaikha tidak ketahui sesiapa kecuali keluarga aku dan keluarga dia, kerana pertunangan satu ikatan yang sah dan hanya perjanjian sahaja. Tapi aku akan menjaga batas-batas aku antara Siti Zulaikha kerana untuk melahirkan cinta yang kekal abadi dari ilahi.

“... pabila kita melihat matahari, Allah telah hilangkan seketika waktu matahari itu, lalu Allah menurunkan guruh dan hujan, puas kita mencari dimana matahari tetapi tidak jumpa, tapi sebenarnya Allah menghadiahkan pada kita pelangi...”




- TAMAT -

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...