Followers

Sunday, October 21, 2012

"1st Giveaway by Makcik Superman"

Assalamu'alaikum semua. 


Bosan hadap assignment and belum ad mood study dipetang hari i, saje2 blog walking. ^^,

Busan2 ni join 1st GA ni. =P



haa...nak join gak ke tu? jom2.~

ada handbag, topup, voucher! mnarik tu klau dpt ^_<

klau nak join..... cepat cepat la tekan gambar kt atas ye! (^_^)\/

wassalam !!!

Saturday, October 6, 2012

Durian VS Mawar



A : Cantikkan bunga mawar ni ?

S : Tapi lagi best kalau dapat yang dengan duri duri dia skali, yang tak potong.

A : Nanti tajam la, camana nak pegang ?

S : A'ah la jugak kan....

A : Teringat pula kat sinkronim "Wanita ibarat mawar berduri".

S : Tapi kan, ada yang lagi berduri.

A : Apa dia ?

S : Durian !!!!!! (sedapnya..... T_T" )

A : Ye tak ye jugak kan ...

S : Seluruh badan berduri.

A : Antara mawar dengan durian, mana lagi tajam ?????

S : Durian la sebab lagi bnyak duri.

A : Tapi cuba kaitkan dengan perumpamaan, muslimah ibarat mawar berduri.

S : tapi mawar still leh disentuhkan.walau tangan x blapik.

A : durian tangan kena berlapik baru boleh sentuh, tu pun kena alas tangan ngan something yang tebal.

S : so, durian agi sesuai la nak digantikan dengan mawar kan?

A : betul!

S : Tapi kenapa orang tak cakap, "Wanita ibarat durian yang berduri" ?

A : Ha'a la.... cuba kita fikir.

************************************************

beza mereka :

mawar menarik dengan kecantikan.
durian menarik dengan bau nya. :p

kenapa mawar yang dipilih?
sebab perempuan sinonim dengan kecantikan.

kenapa bukan durian??????
sebab muslimah haram mengenakan bauan. seperti yang dinyatakan dalam hadith :

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

sehinggakan jika perempuan tersebut keluar ke masjid untuk beribadah, solatnya tidak diterima. melainkan....

menurut hadith Nabawi :

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

dan perempuan itu hanya memakai wangian.....untuk suaminya. :)

P/S : 
hanya sekadar fikiran kami :)

~> Dhurah, Sakinah Talib

" SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "

Buka je blog Eiqa , tengok Eiqa buat entry Lyssa ni. Tak fikir panjang terus tekan ntuk join jugak. 

Aish ! bukan senang tau nak tengok saya join entry ! =P



nak tahu apa syarat2 yang Lyssa tetapkan, mudah saja..... tekan banner kat atas, okeh? =)

kalau ikutkan syarat no.3 Lyssa,

" kenapa korang berblog ? Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ?
Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la .. "

perlu la saya menjawab soalan KBKK ni....

cerita nya bermula begini... 

               " Pada suatu hari......jeng jeng jeng!!!! "

hehee. Dhura mula berblog ni lepas dari SPM. sebab duk kat rumah, tak kerja and kebosanan, pinjam lappy ummi, broadband, and usha2 apa yang ada. online je lah keje. dalam duk ber'PaceBuk' tu, ada sorang kawan dhura tunjuk blog dia, blog ilmiah. Dari situ, dhura mula la berminat nak berdakwah dari laman sesawang jugak. =)bukan dhura nak kata dhura ni baik, dhura pun insan yang biasa ja.... berkongsi ilmu kan dapat menambah ilmu kita secara tak langsung juga, dan bagi dhura, setiap sharing tu, dhura beri peringatan pada diri sendiri jua.. =)
jawapan bagi kenapa ber'blogging'? sebab nak isi masa dengan sebaik mungkin. =)jawapan bagaimana boleh terjebak? ikut kata hati. tepuk dada tanya iman.tujuan utama ber'blogging'? nak berkongsi dengan semua orang tentang apa yang dhura tahu. =)apa yang menarik ? (ada apa2 yang menarik ke?) bagi dhura, perkongsian, penyampaian dalam bentuk cerita menarik semua, perumpaan yang berlegar dalam kehidupan boleh diolah dengan hadith dan firman. kalau nak kata blog cantik, tak pun. Nak ber'tutorial' tak pandai pun. =PSiapa agaknya idola dalam berblog ni ?  kalau bab cara penyampaian dari saifulislam.com, lau bab nak menghias ni, dhura ske jengok tutorial dari Lyssa!! ;)


-the end-

okeh, panjang pulak dah aih karangan dia..... 

tu ja la penerangan buat hari ni ye sahabat handai, huhu. sapa2 nak join tu cepat!!!! 12 jam ja nih, kul 9 mlm dah closed up!

bye, selamat mencontenglah ye tonite ;)

Siapa nak duit lebih ? Nak bagi ni !

siapa nak duit ? cepat angkat tangan!!!!

macamana nak duit tu? haa....senang ja. 

langkah langkahnya adalah ~> 





  1. tekan gambar di atas.
  2. sign up. sila buat akan anda.
  3. rajin rajin post a.k.a share berita berita dekat specials tu. sama ada kat FB atau tweeter anda. setiap klik yang anda peroleh, anda akan menerima RM0.20 
  4. perlu istiqamah
  5. selamat berusha! (^_^)\/

haa....mudah saja kan? hehe

Friday, October 5, 2012

Bunga MAWAR , di Sebalik Warnanya, Punya Makna.

Assalamu'alaikum w.b.t. buat semua yang sudi baca entri a.k.a apa yang dhura bebelkan malam2 ni  =)

Hari ni kenapa tiba - tiba nak bercakap pasal bunga ? dapat bunga ke ?

wah ! seronoknya kalau betul betul dapat. huhu malangnya tak pernah lagi dapat bunga sebelum ni T_T ( betul ke x pernah dapat? biarlah rahsia huhu)



Haa.... tengok pict kat atas tu. lawa tak ? memandangkan mood tengahari tadi ase cam nak beli something (biar xde duit pun kan) lalu kat flowerist di bangunan menara timur, saja saja usha dari luar. 

"Wah, cantiknya.... bunga betul la... tapi.. MAHALnya!!!"

"Eh, jom masuk nak? saja cuci mata.."

Sekali masa pusing pusing lam kedai, tengok ada flowerist tengah potong mawar merah dan pink. Masih biarkan. dan teruskan dengan aktiviti meng'usha' barang kat kedai tu dan harganya.

On the way keluar serempak ngan flowerist yang kat dalam tadi, dia baru je lepas letak bunga mawar yang baru siap potong dalam bakul kat depan kedai.

Tangan ni gatal sangat nak pegang bunga. sambil tarik kawan untuk turut serta.

" Eiqa ! Lawa la. Akak, berapa ringgit sekuntum ? "

"RM2 sekuntum dik."

sambil dia berlalu masuk kedalam kedai.

"Jom beli ! Lawa sangat warna pink ni !"

dengan senang hati kami pun beli sekuntum sorang. balik je bilik kami terus cari botol kosong untuk letak bunga. kami isi air paip and letak sedikit panadol. (orang kata nak suruh bunga tahan lama, betul ke?)

Petangnya pukul 5 balik dari praktikal, jenguk bunga, "Wah!!!!!!!!!! cantiknya. Eiqa!!!! bunga dah kembang!" (menjerit macam la Eiqa dengar! perangai tak senonoh oleh anak dara pacik radzali)



Betulkan???? lagi lawa !!!! Memandangkan weekend ni Eiqa balik rumah dia kat Shah Alam, so, dhura pun jadi la mak angkat bidang terjun pada bunga ni....... (^_^)\/

Elok je terletak kat meja study =) 

tak semak ke meja tu? nanti nak study kan susah? 

Err.......... meja tu belum pernah digunakan untuk study selama 3bulan saya menginap kat bilik ni. =D

Haha ! teruk betul pangai.

By the WAY !!!!

bukan ke tajuk entri ni nak cakap makna disebalik bunga mawar?????? awat panjang lebar sangat mukaddimah ni dhura oi ????

Okey2x ! sorry ye sahabat taulan. Seronok pula cerita. (padahal nak menunjuk ada bunga je lebih. orang lain yang ada pokok belambak kat umah tak de pun nak bising????)

Okey jom kembali ke jalan yang benar. huhu

*************************************************

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

MerahCinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan KeberanianHantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

PinkMenunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
  KuningMembawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan

PutihMenunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”

LavenderCinta pandang pertama dan pesonaHantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

OrenKeghairahan dan keinginan yang tulus murniPilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

HitamPermulaan yang baru, Kelahiran semula, kematianKadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

BiruMustahil dan tak dapat disempurnakanBunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan

Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila


***************************************************

Maksud bunga yang saya beli :

Pink : Kagum dan simpati.
         Olahan : ok, kagum dengan ciptaanNYA sangat sangat sebab lawa sangat sangat.
                    : simpati?????????

Satu / sekuntum : cinta pandang pertama, kau lah yang satu.
                          Olahan : ok, sekali pandang, terus beli. hahaha
                                     : ya, kau lah satu. sebab nak beli banyak tak mampu. :)) haha *gelakgulingguling*

*************************************************

P/S :

sekadar suka suka sahaja ya. jangan percaya semua ni. sebab setiap kebenaran hanya DIA yang tahu. Dan kepelbagaian warna itu tanda kebesaranNYA =)

Tuesday, October 2, 2012

Kerana senaskhah Al - Qur'an


“Sayang, tengok ni. Cantiknya Al Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Shima kepada Zafrul. “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni” balas Zafrul.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” sahut Shima..

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Zafrul. Tergelak Shima.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Zafrul yang prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam
lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Zafrul. Shima ikut tersenyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Zafrul menjawab. Shima mendengar dari sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Shima muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar Rahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Shima mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Shima mengomel.

Zafrul kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Zafrul dan Shima tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Zafrul bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Zafrul mengigil. Shima juga
terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan nak Zafrul. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Zafrul menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su..surah apa ustaz?” Zafrul cuba mengagahkan diri. Shima masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi, sambil tangannya mendorong Al Quran.

Surah Ar Rad ....Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Zafrul.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Zafrul.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Shima merah padam wajahnya. Shima entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Zafrul, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Zafrul malu bukan kepalang, berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Zafrul, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim". Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.

Zafrul, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al Quran sebagai kitab petunjuk, kemudian diabaikan, dia pasti dilaknat oleh Al Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan, menjadikan hati terlalu tenang, walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..”
penutup Ustaz Sa’ad.

Hari semakin cepat berlalu.

Zafrul sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al - Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Zafrul. SMS dari ustaz Sa’ad tiba.

Shima disisi suaminya Zafrul tersenyum.. bersyukur.. kerana senaskah Al Quran itu.... Akhirnya mengetahui dengan baiknya kalimah dalamnya.. inilah yang dikatakan ''Demi senaskah al-quran''...

***************************************************************************

Moral : ada ketikanya.. kita bermula dengan yang salah.. tapi bukan bererti kita harus terus salah...

u-turn hati dan cara hidup kita kepada Allah.. maka Allah akan bantu agar dunia ini dalam genggaman kita,

Pasti!!! dengan izinNya ... bilamana kita mengutamakan Allah dalam kehidupan.. Allah membuat dunia dan isinya tunduk kepada kita...

Itu JanjiNya dan Dia tidak pernah mungkiri janji... sedangkan manusia tidak pernah ingat sumpah dan janjinya sebelum Allah meniupkah ruh kedalam rahim ibu.....

"Muslimah memang TIDAK GUNA...???"

Mari kita renungkan artikel khas, khusus untuk para muslimah...

"Muslimah memang tak guna..???"



Buat sahabat muslimah terutamanya.....

Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....smile ! (^_^)\/



1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.

Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?

Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya...atau mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A.

"Hendaklah mereka (wanita) menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)



P/S :
Peringatan ni untuk saya dan semua muslimah.

Kepada muslimin pula, kalian boleh nasihatkan kakak, adik, ibu, nenek, saudara perempuan, teman dan sesiapa saja muslimah disekeliling kalian..



wallahu'alam...

Antar CINTA , RINDU dan CEMBURU



Banyak orang berbicara tentang masalah ini tapi tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan maknanya secara syar’i. Dan kapan seseorang itu keluar dari batasan-batasan tadi. Dan seakan-akan yang menghalangi untuk membahas masalah ini adalah salahnya pemahaman bahwa pembahasan masalah ini berkaitan dengan akhlaq yang rendah dan berkaitan dengan perzinahan, perkataan yang keji. Dan hal ini adalah salah. Tiga perkara ini adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang memotivasi untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah batasannya, penyimpangannya, kebaikannya, dan kejelekannya. Tiga kalimat ini ada dalam setiap hati manusia, dan mereka memberi makna dari tiga hal ini sesuai dengan apa yang mereka maknai.




Cinta (Al-Hubb)

Cinta iaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai, dan itu termasuk amalan hati, bukan amalan anggota badan/dhahir. Pernikahan itu tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika ada cinta dan kasih sayang diantara suami-isteri. Dan kuncinya kecintaan adalah pandangan. Oleh karena itu, Rasulullah saw menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta, seperti telah kami jelaskan dalam bab Kedua.

Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata : “Aku telah meminang seorang wanita”, lalu Rasulullah Sawbertanya kepadaku : “Apakah kamu telah melihatnya ?” Aku berkata : “Belum”, maka beliau bersabda : “Maka lihatlah dia, karena sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan kasih sayang antara kalian berdua”

Sesungguhnya kami tahu bahwa kebanyakan dari orang-orang, lebih-lebih pemuda dan pemudi, mereka takut membicarakan masalah “cinta”, bahkan umumnya mereka mengira pembahasan cinta adalah perkara-perkara yang haram, karena itu mereka merasa menghadapi cinta itu dengan keyakinan dosa dan mereka mengira diri mereka bermaksiat, bahkan salah seorang diantara mereka memandang, bila hatinya condong pada seseorang berarti dia telah berbuat dosa.

Kenyataannya, bahwa di sini banyak sekali kerancuan-kerancuan dalam pemahaman mereka tentang “cinta” dan apa-apa yang tumbuh dari cinta itu, dari hubungan antara laki-laki dan perempuan. Dimana mereka beranggapan bahwa cinta itu suatu maksiat, karena sesungguhnya dia memahami cinta itu dari apa-apa yang dia lihat dari lelaki-lelaki rusak dan perempuan-perempuan rusak yang diantara mereka menegakkan hubungan yang tidak disyariatkan. Mereka saling duduk, bermalam, saling bercanda, saling menari, dan minum-minum, bahkan sampai mereka berzina di bawah semboyan cinta. Mereka mengira bahwa ‘cinta’ tidak ada lain kecuali yang demikian itu. Padahal sebenarnya tidak begitu, tetapi justru sebaliknya.

Sesungguhnya kecenderungan seorang lelaki pada wanita dan kecenderungan wanita pada lelaki itu merupakan syahwat dari syahwat-syahwat yang telah Allah hiaskan pada manusia dalam masalah cinta. Artinya Allah menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang menyebabkan hati laki-laki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman Allah Swt :

["Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu : wanita-wanita, anak-anak,..."] Ali-’Imran : 14

Allah lah yang menghiasi bagi manusia untuk cinta pada syahwat ini, maka manusia mencintainya dengan cinta yang besar, dan sungguh telah tersebut dalam hadits bahwa Nabi Saw bersabda :

["Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian : wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam sholat"] HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.

Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak ada pernikahan, tidak ada keturunan dan tidak ada keluarga. Namun, Allah Swt tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita atau sebaliknya supaya menumbuhkan diantara keduanya hubungan yang diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan dalam bersuami isteri, sebagaimana tercantum dalam hadits Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata : telah bersabda Rasulullah Saw:

["Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan"]

Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rusak atau keji, maka Allah telah menyuruh yang pertama kali agar menundukan pandangan, karena ‘pandangan’ itu kuncinya hati, dan Allah telah haramkan semua sebab-sebab yang mengantarkan pada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya, bersenggolan, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, karena perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah Swt.

Bahwa Allah tidak akan menyiksa manusia dalam kecenderungan hatinya. Akan tetapi manusia akan disiksa dengan sebab jika kecenderungan itu diikuti dengan amalan-amalan yang diharamkan. Contohnya : apabila lelaki dan wanita saling pandang memandang atau berduaan atau duduk cerita panjang lebar, lalu cenderunglah hati keduanya dan satu sama lainnya saling mencinta, maka kecondongan ini tidak akan menyebabkan keduanya disiksanya, karena hal itu berkaitan dengan hati, sedang manusia tidak bisa untuk menguasai hatinya. Akan tetapi, keduanya diazab karena apa yang dia lakukan. Dan karena keduanya melakukan sebab-sebab yang menyampaikan pada ‘cinta’, seperti perkara yang telah kami sebutkan. Dan keduanya akan dimintai tajawab, dan akan disiksa juga dari setiap keharaman yang dia perbuat setelah itu.

Adapun cinta yang murni yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan olsebagian ulama seperti Imam Suyuthi, bahwa orang yang mencintai seseorang lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala, sebagaimana akan dijelaskan dalam ucapan kami dalam bab ‘Rindu’. Dan dalam keadaan yang mutlak, sesungguhnya yang paling selamat yaitu menjauhi semua sebab-sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta, dan mengantarkan pada bahaya-bahaya yang banyak, namun …..sangat sedikit mereka yang selamat.





Rindu (Al-’Isyq)

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Tetapi bisa jadi orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu itu disertai kerendahan dan kehinaan.

Sebagaimana telah disebutkan, dalam ucapan kami tentang cinta maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang orang tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram. Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya dari orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang-orang meskipun kerinduan itu timbul dari perkara yang haram sebagaimana pembahasan dalam masalah cinta.

Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik laki-laki maupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati karena kerinduan tersebut maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun hatinya dia tidak bisa menguasai maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.





Cemburu (Al-Ghairah)

Cemburu ialah kebencian seseorang untuk disamai dengan orang lain dalam hak-haknya, dan itu merupakan salah satu akibat dari buah cinta. Maka tidak ada cemburu kecuali bagi orang yang mencintai. Dan cemburu itu termasuk sifat yang baik dan bahagian yang mulia, baik pada laki-laki atau wanita.

Ketika seorang wanita cemburu maka dia akan sangat marah ketika suaminya berniat kawin dan ini fitrah padanya. Sebab perempuan tidak akan menerima madunya karena kecemburuannya pada suami, dia senang bila diutamakan, sebab dia mencintai suaminya. Jika dia tidak mencintai suaminya, dia tidak akan peduli. Kita tekankan lagi disini bahwa seorang wanita akan menolak madunya, tetapi tidak boleh menolak hukum syar’i tentang bolehnya poligami. Penolakan wanita terhadap madunya karena gejolak kecemburuan, adapun penolakan dan pengingkaran terhadap hukum syar’i tidak akan terjadi kecuali karena kelalaian dan kesesatan. Adapun wanita yang shalihah, dia akan menerima hukum-hukum syariat dengan tanpa ragu-ragu, dan dia yakin bahwa padanya ada semua kebaikan dan hikmah. Dia tetap memiliki kecemburuan terhadap suaminya serta ketidaksenangan terhadap madunya.

Kami katakan kepada wanita-wanita muslimah khususnya, bahwa ada bidadari yang jelita matanya yang Allah Swt jadikan mereka untuk orang mukmin di sorga. Maka wanita muslimat tidak boleh mengingkari adanya ‘bidadari’ ini untuk orang mukmin atau mengingkari hal-hal tersebut, karena dorongan cemburu. Maka kami katakan padanya :

Dia tidak tahu apakah dia akan berada bersama suaminya di syurga kelak atau tidak.
Bahawa cemburu tidak ada di surga, seperti yang ada di dunia.
Bahawasanya Allah swt telah mengkhususkan juga bagi wanita dengan kenikmatan-kenikmatan yang mereka sukai, meski kita tidak mengetahui secara terperinci.


Syurga merupakan tempat yang kenikmatannya belum pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik dalam hati manusia, seperti firman Allah swt :

["Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan"] As-Sajdah : 17

Oleh karena itu, tak seorang pun mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari bidadari-bidadari penyejuk mata sebagai balasan pada apa-apa yang mereka lakukan. Dan di syurga diperoleh kenikmatan-kenikmatan bagi mukmin dan mukminat dari apa-apa yang mereka inginkan, dan juga didapatkan hidangan-hidangan, dan akan menjadi saling redha di antara keduanya sepenuhnya. Maka wajib bagi keduanya (suami-isteri) di dunia ini untuk beramal soleh agar memperoleh kebahagiaan di syurga dengan penuh kenikmatan dan rahmat Allah Swt yang sangat mulia lagi pemberi rahmat.

Adapun kecemburuan seorang laki-laki pada keluarganya dan kehormatannya, maka hal tersebut ‘dituntut dan wajib’ baginya karena termasuk kewajiban seorang laki-laki untuk cemburu pada kehormatannya dan kemuliaannya. Dan dengan adanya kecemburuan ini, akan menolak adanya kemungkaran di keluarganya. Adapun contoh kecemburuan dia pada isteri dan anak-anaknya, iaitu dengan cara tidak rela kalau mereka telanjang dan membuka tabir di depan laki-laki yang bukan mahramnya, bercanda bersama mereka, hingga seolah-olah laki-laki itu saudaranya atau anak-anaknya.

Anehnya bahwa kecemburuan seperti ini, di zaman kita sekarang dianggap ekstrim-fanatik, dan lain-lain. Akan tetapi akan hilang kehairanan itu ketika kita sebutkan bahwa manusia di zaman kita sekarang ini telah hidup dengan adat barat yang jelek. Dan maklum bahwa masyarakat barat umumnya tidak mengenal makna aib, kehormatan dan tidak kenal kemuliaan, kerana serba boleh (permisivisme), mengumbar hawa nafsu kebebasan saja. Maka orang-orang yang mengagumi pada akhlaq-akhlaq barat ini tidak mahu memperhatikan pada akhlaq Islam yang dibangun atas dasar penjagaan kehormatan, kemuliaan dan keutamaan.

Sesungguhnya Rasulullah Saw telah mensifati seorang laki-laki yang tidak cemburu pada keluarganya dengan sifat-sifat yang jelek, yaitu ‘Dayyuuts’ (Dayus). Sungguh ada dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabraani dari Amar bin Yasir r.a, serta dari Al-Hakim, Ahmad dan Baihaqi dari Abdullah bin Amr r.a, dari Nabi Saw "bahwa ada tiga golongan yang tidak akan masuk surga yaitu peminum khomr, pendurhaka orang tua dan dayyuts. Kemudian Nabi menjelaskan tentang dayyuts, yaitu orang yang membiarkan keluarganya dalam kekejian atau kerusakan, dan keharaman."

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda :

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):


Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung

“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya,“Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata, “ Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


P/S :
just a sharing. moga kita semua turut tergolong dalam kalangan wanita solehah. mereka yang lebih baik dari bidadari syurga (^_<)\/

Air Mata Sesalan Selamatkan Manusia daripada Neraka

Sesungguhnya ada beberapa amalan yang dapat menyelamatkan manusia daripada bahaya api neraka. Bagi mengetahui apakah amalan itu, ikuti sebuah hadis panjang yang menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. melihat malapetaka yang menimpa umatnya di akhirat, tetapi telah diselamatkan oleh berbagai-bagai amalan yang ikhlas yang dilakukannya semasa di dunia.

Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh at-Tirmidzi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafie’, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Said bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu bermakna bertambah panjang umur lelaki itu).

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wudhu’ orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu dan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Selain itu aku juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.

Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap-gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ke tempat yang terang benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia ; ‘Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbual-buallah) terhadap orang ini.’ Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku yang sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi mungkar bersama dengan malaikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang berjalan merangkak bagi menemui Allah s.w.t, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka berupa akhlak mulia, lantas memimpin tangan orang itu menuju ke hadrat Allah s.w.t.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan rasa gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.

Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.

Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri di tepi neraka jahanam dan hampir-hampir terjerumus ke dalamnya, maka ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebagaimana ketarnya orang yang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan ‘Husnu Dzan’ (sangka baik) terhadap Allah, maka husnu dzannya itu menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam nereka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang mengengsot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah s.a.w.) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu dan selamat sampai ke syurga.

Akhirnya aku juga melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.


P/S :
selamat beramal. :)

Lamaranmu , ku Tolak

(Kisah Sederhana, Jenaka tapi Penuh Makna) ^_^



Mereka, lelaki dan perempuan yang begitu berkomitmen dengan agamanya.

Melalui ta'aruf yang singkat dan hikmat, mereka memutuskan untuk melanjutkannya menuju khitbah.

Sang lelaki, sendiri, harus maju menghadapi lelaki lain: ayah sang perempuan.

Dan ini, tantangan yang sesungguhnya. Ia telah melewati deru pertempuran semasa aktivitasnya di kampus, tetapi pertempuran yang sekarang amatlah berbeda.

Sang perempuan, tentu saja siap membantunya. Memuluskan langkah mereka menggenapkan agamanya.

Maka, di suatu pagi, di sebuah rumah, di sebuah ruang tamu, seorang lelaki muda menghadapi seorang lelaki setengah baya, untuk 'merebut' sang perempuan muda, dari sisinya.

"Oh, jadi engkau yang akan melamar itu?" tanya sang setengah baya.

"Iya, Pak," jawab sang muda.

"Engkau telah mengenalnya dalam-dalam? " tanya sang setengah baya sambil menunjuk si perempuan.

"Ya Pak, sangat mengenalnya, " jawab sang muda, mencoba meyakinkan.

"Lamaranmu kutolak. Berarti engkau telah memacarinya sebelumnya? Tidak bisa. Aku tidak bisa mengijinkan pernikahan yang diawali dengan model seperti itu!" balas sang setengah baya.

Si pemuda tergagap, "Enggak kok pak, sebenarnya saya hanya kenal sekedarnya saja, ketemu saja baru sebulan lalu."

"Lamaranmu kutolak. Itu serasa 'membeli kucing dalam karung' kan, aku takmau kau akan gampang menceraikannya karena kau tak mengenalnya. Jangan-jangan kau nggak tahu aku ini siapa?" balas sang setengah baya, keras.

Ini situasi yang sulit. Sang perempuan muda mencoba membantu sang lelaki muda. Bisiknya, "Ayah, dia dulu aktivis lho." 

"Kamu dulu aktivis ya?" tanya sang setengah baya.

"Ya Pak, saya dulu sering memimpin aksi demonstrasi anti Orba di Kampus," jawab sang muda, percaya diri.

"Lamaranmu kutolak. Nanti kalau kamu lagi kecewa dan marah sama istrimu, kamu bakal mengerahkan rombongan teman-temanmu untuk mendemo rumahku ini kan?"

"Anu Pak, nggak kok. Wong dulu demonya juga cuma kecil-kecilan. Banyak yang nggak datang kalau saya suruh berangkat."

"Lamaranmu kutolak. Lha wong kamu ngatur temanmu saja nggak bisa, kok mau ngatur keluargamu?"

Sang perempuan membisik lagi, membantu, "Ayah, dia pinter lho."

"Kamu lulusan mana?"

"Saya lulusan Teknik Elektro UGM Pak. UGM itu salah satu kampus terbaik di Indonesia lho Pak."

"Lamaranmu kutolak. Kamu sedang menghina saya yang cuma lulusan STM ini tho? Menganggap saya bodoh kan?"

"Enggak kok Pak. Wong saya juga nggak pinter-pinter amat Pak. Lulusnya saja tujuh tahun, IPnya juga cuma dua koma Pak."

"Lha lamaranmu ya kutolak. Kamu saja bego gitu gimana bisa mendidik anak-anakmu kelak?"


Bisikan itu datang lagi, "Ayah dia sudah bekerja lho."

"Jadi kamu sudah bekerja?"

"Iya Pak. Saya bekerja sebagai marketing. Keliling Jawa dan Sumatera jualan produk saya Pak."

"Lamaranmu kutolak. Kalau kamu keliling dan jalan-jalan begitu, kamu nggak bakal sempat memperhatikan keluargamu."

"Anu kok Pak. Kelilingnya jarang-jarang. Wong produknya saja nggak terlalu laku."

"Lamaranmu tetap kutolak. Lha kamu mau kasih makan apa keluargamu, kalau kerja saja nggak becus begitu?"


Bisikan kembali, "Ayah, yang penting kan ia bisa membayar maharnya."

"Rencananya maharmu apa?"

"Seperangkat alat shalat Pak."

"Lamaranmu kutolak. Kami sudah punya banyak. Maaf."

"Tapi saya siapkan juga emas satu kilogram dan uang limapuluh juta Pak."

"Lamaranmu kutolak. Kau pikir aku itu matre, dan menukar anakku dengan uang dan emas begitu? Maaf anak muda, itu bukan caraku."


Bisikan, "Dia jago IT lho Pak"

"Kamu bisa apa itu, internet?"

"Oh iya Pak. Saya rutin pakai internet, hampir setiap hari lho Pak saya nge-net."

"Lamaranmu kutolak. Nanti kamu cuma nge-net thok. Menghabiskan anggaran untuk internet dan nggak ngurus anak istrimu di dunia nyata."

"Tapi saya ngenet cuma ngecek imel saja kok Pak."

"Lamaranmu kutolak. Jadi kamu nggak ngerti Facebook, Blog, Twitter, Youtube? Aku nggak mau punya mantu gaptek gitu."


Bisikan, "Tapi Ayah..."

"Kamu kesini tadi naik apa?"

"Mobil Pak."

"Lamaranmu kutolak. Kamu mau pamer tho kalau kamu kaya. Itu namanya Riya'. Nanti hidupmu juga bakal boros. Harga BBM kan makin naik."

"Anu saya cuma mbonceng mobilnya teman kok Pak. Saya nggak bisa nyetir"

"Lamaranmu kutolak. Lha nanti kamu minta diboncengin istrimu juga? Ini namanya payah. Memangnya anakku supir?"


Bisikan, "Ayahh.."

"Kamu merasa ganteng ya?"

"Nggak Pak. Biasa saja kok"

"Lamaranmu kutolak. Mbok kamu ngaca dulu sebelum melamar anakku yang cantik ini."

"Tapi pak, di kampung, sebenarnya banyak pula yang naksir kok Pak."


"Lamaranmu kutolak. Kamu berpotensi playboy. Nanti kamu bakal selingkuh!"

Sang perempuan kini berkaca-kaca, "Ayah, tak bisakah engkau tanyakan soal agamanya, selain tentang harta dan fisiknya?" 

Sang setengah baya menatap wajah sang anak, dan berganti menatap sang muda yang sudah menyerah pasrah.

"Nak, apa adakah yang engkau hapal dari Al Qur'an dan Hadits?" Si pemuda telah putus asa, tak lagi merasa punya sesuatu yang berharga.

Pun pada pokok soal ini ia menyerah, jawabnya, "Pak, dari tiga puluh juz saya cuma hapal juz ke tiga puluh, itupun yang pendek-pendek saja. Hadits-pun cuma dari Arba'in yang terpendek pula."

Sang setengah baya tersenyum, "Lamaranmu kuterima anak muda. Itu cukup. Kau lebih hebat dariku. Agar kau tahu saja, membacanya saja pun, aku masih tertatih."

Mata sang muda ikut berkaca-kaca.

Ini harus happy ending, bukan? ^_^


***********************************************************






P/S :
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, 
Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, 
Hilanglah cintaku padamu"

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...