“E ryna! Eryna!” panggil rakannya dari tingkat atas asrama.
Bacaan kalimah Allah itu dihentikan. Kitab ditutup dan diletak di atas para yang sedikit tinggi. Telekung solat dilipat kemas dan diletak di rak. Tudung disarung ke kepala dan dia terus keluar dari surau, menjengah mencari – cari pemilik suara tadi.
“Kira! Kira! Mana kau? Tadi beria sangat panggil aku, ni aku dah keluar dia senyap pula.” Omel Eryna geram dengan tingkah rakannya.
Dia berjalan naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik rakannya, Syakira. Ingin bertanya akan mengapa dia dipanggil sebegitu riuh seketika tadi.
********
“Eh, Ery. Sorry, tak dengar kau nyahut tadi. Ni tentatif program hujung minggu ni, aku minta dari Cikgu Wani Kaunselor tadi. Kau kongsi la dengan budak – budak bilik kau, okey? Nak bagi sorang satu tak cukup, lagi pun aku rasa tak penting sangat pun. Aktiviti sama je dua hari tu.” Jelas Syakira pendek tentang program yang akan bermula sekejap lagi.
Eryna mengambil tempat duduk di salah satu katil di dalam bilik tersebut. Tentatif di tangan dibaca sekali lalu. Tertera besar perkataan ‘ISK’ pada lipatan hadapan. Jelas riak tertanya – Tanya di muka Eryna. Syakira tergelak memandang wajah bingung rakannya melaui cermin almari bajunya.
“Ery, yang kau buat muka cam rusa masuk Bandar ni kenapa? Eh, masuk kampung. Hahaha.” Tanya Syakira pada Eryna.
“Tak adalah, program ni, tajuk dia ‘ISK’, maksudnya?” Luah Eryna tentang apa yang bermain difikirannya.
“Ish, engkau ni. Tu gunanya aku bagi tentatif ni. Nak suruh kau baca. Jadi, baca la sampai habis dulu. Tak adalah kau nak tunjuk muka camtu kat aku kan.”
“Ia lah, tapi tak payah la kau gelakkan aku macam tu, tau lah aku ni cun, tak payah la kau nak dengki ngan aku. Hehehe.”
“Eei, engkau ni kan, kalau sehari tak perasan, memang tak sah nak hidup kan? Nah, ambil ni. Upah geram. Hahaha.” Syakirah mencalit sedikit krim yang ada di tangannya ke pipi Eryna.
Mereka tergelak, masing – masing tercuit dengan telatah sendiri. Lima tahun hidup bersama di sekolah tersebut mengikat keakraban antara mereka. Hidup bersama rakan bagaikan bersama adik beradik. Mereka lah keluarga di sekolah. Pembacaan Eryna diteruskan.
'Program Bimbingan Kerohanian? Moga Allah buka pintu hati aku untuk terus berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.' Monolog Eryna, ikhlas untuk berubah ke arah yang lebih.
“Kira, nanti jangan lupa panggil aku bila dah bersiap. Kita pergi sama – sama, okey?” Bicara Eryna sambil menyarung selipar jepun untuk terus ke biliknya.
*******
Almari baju dibuka, kelihatan beberapa pasang baju kurung tergantung. Dia mengambil salah satu baju yang telah bergosok lalu disarung ke badannya yang bersaiz sederhana tersebut.
Bedak disapu sedikit ke wajah dan pelembap bibir dicalit sedikit ke bibir bagi menutup wajahnya yang kelihatan pucat itu. Tudung berwarna hitam yang tersarung dikepala dibetulkan sedikit. Senyuman diberi seikhlas mungkin buat diri sendiri didalam cermin sebelum kaki bergerak meninggalkan bilik.
Kaki disarung dengan stoking sebelum memakai sandal. Tafsir al-Quran dan buku catatan kecil yang sentiasa dibawa bersama dicapai. Pen biru diambil dari poket baju kurung. Kelihatan Eryna mencatit sesuatu didalam buku catatannya.
Selesai mencatit, Eryna menutup buku seraya senyuman terukir dibibirnya.
Itulah Eryna, seorang gadis yang cukup terkenal dengan murahnya dia dalam memberi senyuman. Bagaimana sekali pun ujian mendatang, dia menempuhi dengan senyuman yang tak pernah lekang dari wajahnya yang bujur sirih tersebut.
**********
Pap! Satu tamparan lembut singgah dibahu Eryna.
“Hoi mak cik, kau ni kan tak habis – habis dengan senyuman berangan kau tu. Macamlah ada putera raja kat depan kau tu kan. Dah siap belum? Jom lah kita pergi sekarang. Nanti tak pasal – pasal kita lewat. Jatuh saham aku nanti lau tak tepati masa.” Omel Syakira pada Eryna.
“Jom! Tadi aku nampak kakak – kakak fasilitator kita pun dah kuar pergi sekolah. Mesti dorang dah siapkan bilik untuk aktiviti lepas ni.” Bicara Eryna pada Syakira sambil mereka berlalu berjalan meninggalkan kawasan asrama.
***********
“Assalamu’alaikum, cikgu!” Tegur Eryna sebaik terlihat kelibat guru kaunseling sekolah mereka.
'Mungkin cikgu tahu kat mana mereka harus tuju.' Detik hati Eryna.
“Wa’alaikummussalam. Eh, kakak. Qatrun tak balik ke? Ke Qatrun kena sertai program juga?” Tangan dihulurkan kepada cikgu untuk bersalaman. Perbuatanya itu dituruti oleh sahabatnya.
“Ha’a cikgu, nama Qatrun tersenerai. Nampak gayanya, kat sekolah jugalah hujung minggu ni. Cikgu apa khabar? Asfa sihat?”
“Alhamdulillah semua sihat. Asfa pun dah boleh berlari – lari sekarang ni.”
Begitulah keakraban Eryna dengan guru kaunseling sekolah mereka. Dia cukup disenangi oleh para guru. Dia cukup dikenali dengan sikap yang murah senyuman dan suka menolong guru. Guru – guru lebih menyenangi dengan panggilan Qatrun dan ada yang menganggapnya sebagai anak sendiri. Qatrun membawa watak kakak sulong yang cukup gigih berdikari.
“Eh, panjang pula borak dengan cikgu. Terlupa pula saya. Cikgu tahu tak kat mana kami nak kena berkumpul? Tadi saya ke bilik Badan Kepimpinan, tapi tak ada siapa kat sana. Mungkin cikgu tahu kalau – kalau ada perubahan dengan program tu?” Tanya Eryna sebaik sedar akan masa yang mengejar mereka.
“Kamu ni kalau dah borak dengan cikgu satu keluarga cikgu kamu nak tanya khabar. Mana tak meleretnya. Tak silap cikgu mereka akan adakan sedikit tayangan petang ni. Jadi, mungkin mereka menunggu di bilik Audio. Kamu boleh cuba dapatkan mereka kat sana. Ambil input banyak – banyak dari program, nanti kamu boleh kongsi dengan rakan – rakan kamu Qatrun. Cikgu pergi dulu, tu suami cikgu dah datang.” Balas cikgu mereka seraya menunjukkan ke arah sebuah kereta yang terdampar di dataran perhimpunan sekolah.
“InsyaAllah cikgu, terima kasih banyak – banyak. Kirim salam kat suami cikgu dan peluk sayang saya buat putera cikgu yang comel tu. Assalamu’alaikum”
“Kakak jaga diri baik – baik. Cikgu sayang kakak. Wa’alaikummussalam.”
Perbualan mereka ditamatkan dengan lambaian tangan gurunya dari dalam kereta. Pajero milik suami cikgunya meluncur laju meninggalkan mereka. Bunyi hon menandakan selamat tinggal dari kereta tersebut kedengaran jelas sebelum meninggalkan perkarangan sekolah.
“Jom, Kira. Maaflah kau kena dengar aku borak dengan cikgu tadi. Kau pun senyap je. Lagi la buat aku rasa bersalah. Jom lah kita pergi bilik Audio” ajak Eryna seraya memimpin tangan sahabatnya. Seiring mereka berjalan menuju ke tempat berkumpulnya para peserta program.
**********
p/s:
apa yang penulis cuba ingin sampaikan????? sekadar watak Eryna, sebagai seorang gadis yang cukup disayangi oleh orang sekeliling..